.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 13, 2019

Bumerang Kasih

BUMERANG KASIH
ISBN: 978-983-097-833-8
Kod: GB0570
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 216 ms
Harga: RM20.00/RM22.00



SINOPSIS
Bumerang, sejenis permainan yang apabila dilemparkan akan berbalik semula. Itulah analoginya. Itulah panduan kita dalam menetapkan hala tuju kasih sayang dan cinta. 

Konsepnya mudah. Jika sayang yang kita beri, sayang jugalah yang akan kita terima kembali!

Allahuakbar, seronoknya saya membaca kisah-kisah benar di dalam naskhah hebat ini. Terinspirasi!
Sungguh, kadang kita penat baca kisah-kisah sedih dan duka. Penat tumpang berduka. Penat menangis. Bahkan kadang kisah-kisah duka buat kita terlupa bahawa Tuhan yang memberi duka itu juga yang membekalkan cinta!



BUMERANG KASIH ini menyedarkan kita semula. Untuk menerima, kita harus memberi. Ini adalah naskhah tentang cinta dan kasih sayang. Tentang kasih sayang anak kepada ibunya, sayang seorang ibu kepada anaknya, cinta seorang guru kepada muridnya dan banyak lagi!

Memang BUMERANG KASIH juga adalah satu naskhah tentang pembalasan. Tapi ia sangat membahagiakan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...