.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 22, 2019

Ustaz Avengers

USTAZ AVENGERS  
ISBN: 978-983-097-822-2
Kod: BP0044
Penulis: Syakirin Yuslan  /  Afiq Syazwan  /  Shafy Zahin
Tebal: 104 ms
Harga: RM10.00/RM12.00












SINOPSIS
Komik ini mengumpulkan beberapa kisah benar, sentap serta menyentuh hati berkaitan dengan dunia remaja hari ini. 

Ia berdasarkan kepada pengalaman dua orang trainer muda daripada PROTAZZ LEGACY Training & Consultancy (PLTC) yang bergerak aktif dalam menyebarkan motivasi kecemerlangan dan kerohanian khususnya untuk para remaja di seluruh negara.


Tentang Penulis:
SYAKIRIN YUSLAN  &  AFIQ SYAZWAN 

SYAKIRIN YUSLAN  dan AFIQ SYAZWAN merupakan dua orang motivator muda yang sedang bergiat aktif dan berpusat di Pantai Timur. Mula melebarkan sayap ke seluruh negara, dua trainer dari PROTAZZ LEGACY Training & Consultancy (PLTC) ini telah menceburi bidang penulisan sejak tahun 2017 dengan menjadi peserta Bengkel Penulisan Bonda Nor.
Mereka berdua terlibat dalam menghasilkan buku antologi motivasi kehidupan, Pelan-Pelan Kayuh (PPK) di bawah penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan berjaya memasarkan buku PPK di kalangan para remaja dengan jualan yang agak tinggi. Ini antara faktor penguat dua anak muda ini dilantik sebagai Perantis Akademi Bonda Nor secara rasmi.
Bakal menghasilkan lebih banyak buku dan bahan penulisan dalam misi menyebarkan  penulisan dakwah santai kepada anak-anak agama dan bangsa melalui platform motivasi dan program-program yang disusun.

SHAFY ZAHIN


Merupakan seorang pelukis komik yang bermula sebagai pelukis komik amatur di media sosial. Kini, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa karya bersama penerbit BUKU PURIS. Antara karya tersebut ialah Komik Siri: Mimpi Bintangku, Mimpi Bintangku 2, Antologi Komik Puris: SIFU dan komik Anugerah Terindah.

Mar 19, 2019

Isteri Dominan

ISTERI DOMINAN
ISBN: 978-983-097-808-6
Kod: GB560
Penulis: Bonda Nor & Farizah Shamsudin
Tebal: 216 ms
Harga: RM20.00/RM22.00



SINOPSIS
Memang benar suami adalah nakhoda rumah tangga, namun kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa suasana dalam rumah tangga sebenarnya lebih banyak dicorakkan oleh seorang isteri.

Mengapa? Sebab seorang isteri yang gembira akan membuatkan suami lebih selesa dan anak-anak juga meraih bahagia.

Justeru persoalannya, bagaimana mahu membuat seorang isteri itu gembira? Jawapannya mudah. Seorang isteri mesti beroleh kuasa dalam rumah tangganya! Seorang isteri mesti tahu mengapa dia perlukan sesuatu, mengapa dia mesti dapat apa yang dia mahu dan jika si isteri tidak dapat perkara itu, dia mesti tahu bagaimana mahu meleburkan kehampaannya.

Inilah yang cuba dibawakan di dalam naskhah ini. Semua perkongsian di sini bukan sahaja sesuai dibaca oleh para isteri bahkan para suami juga perlu mengambil kesempatan untuk menghadam isi hati seorang isteri menerusi naskhah ini.

Bukan semua perkara mampu diluahkan oleh seorang isteri kepada suaminya dan tidak semua rasa tak puas hati sanggup dijelaskan oleh seorang suami terhadap si isteri.


Justeru, naskhah ISTERI DOMINAN ini cuba berlaku jujur untuk memihak kepada kedua-duanya! 


Layan CK (Cikgu Kaunseling) Membebel

Layan CK (Cikgu Kaunseling) Membebel
ISBN: 978-983-097-817-8
Kod: GB0543
Penulis: Abdul Muiez Ruslee
Tebal: 136 ms
Harga: RM15.00/RM17.00

KOMENTAR

1
Baca tajuk LAYAN CK MEMBEBEL, rasa macam 'Dah, kenapa pula aku kena layan dia ni membebel? Bukannya dia artis atau DJ radio pun! Pakar motivasi pun tidak!'

Tapi apabila mukasurat demi mukasurat mula diselak, alhamdulillah, fahamlah saya bahawa di sebalik celoteh sempoi dan 'leklek brader' yang digunakan oleh penulis, terkandung mesej demi mesej yang sangat penting.

Sebagai seorang guru kaunseling, segala onar dan onak duri zaman remaja berada di dalam tangannya. Maka naskhah ini bukanlah bebelan yang membibitkan bosan, sebaliknya secara bersahaja penulis pintar membawa pembaca untuk akur menerima kenyataan dan bijak mengatur langkah untuk mula membina kejayaan.

Ini rangkaian cerita seorang guru kaunseling tentang realiti dunia remaja yang disampaikan dalam kepelbagaian bentuk penulisan. Santai dan serius bersilih ganti. Tahu-tahu sudah tamat pembacaan. Dan diam-diam, ada hati yang tersentuh dan minda yang semakin matang menilai kehidupan.
Satu karya membebel yang sukses. Tahniah CK!

~BONDA NOR/ Penulis Buku Bestseller

2
Saat kau rasa kau down, kau malas nak dengar orang membebel. Tapi, kau perlukan kata-kata semangat dari orang untuk tolak kau naik. Bila baca CK membebel, semangat yang hilang tadi, terus mendesup naik.

~Ruqayyah Muhd / Penulis buku Diet Mak-Mak

3
Motivasi adalah ubat kepada kemalasan. Kadang-kadang kita tidak sedar, ada ketika kita berada pada malas. Tapi dengan suntikan motivasi dan dorongan, sikit demi sedikit rasa malas itu terbang menghilang. Buku CK Membebel, bukan biasa-biasa. Membebel demi kebaikan. Tahniah Cikgu Kesayangan kalian.

~Nor Asmawati Yusop/ Guru



TENTANG PENULIS:

Abdul Muiez Ruslee, merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Sungai Besar, Selangor. Setelah lebih 12 tahun bergelumang dengan dunia motivasi dan latihan, beliau merasakan, ada sesuatu yang perlu dikongsi dengan ribuan pelajar di luar sana.

Pengalaman guru yang mempunyai Ijazah Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Dadah daripada Universiti Sains Islam Malaysia, menyantuni pelajar di sekolah menengah, menjadikan beliau kaya dengan pengalaman. Bukan sahaja cerita-cerita yang meningkatkan motivasi, tetapi juga kisah-kisah yang sarat dengan tauladan.

Selain buku ini, penulis juga telah menulis beberapa buah buku lain seperti Aku Terima Cintanya, Mandala Anak Merdeka, Henshin Budak Dari Neraka, Check in Check out Kembara HKL, Pantang Menyerah, Blur, Clear, Up to You dan banyak lagi.

Mar 14, 2019

Stay Strong

Stay Strong
ISBN: 978-983-097-809-3
Penulis: Bonda Nor
Kod: GB 559
Tebal: 144 ms
Harga: RM20.00/RM22.00




SINOPSIS
Apa khabar jiwa kita hari ini? Sudahkah berpuas hati dengan apa yang ada? Sudahkah berasa cukup apa adanya?

Kalau masih belum, seharusnya engkau mula terus mendaki dan mendaki. Berusaha untuk menjadi lebih baik lagi.

Kalau rasa sudah pun berada di zon selesa, seharusnya engkau mula risau. Jenguk hatimu. Apa yang engkau temui di situ?


Adakah seputar cerita tentang engkau, engkau dan engkau? Gaji engkau sudah cukup, kerja engkau sudah bagus, rumah engkau sudah mewah, kereta engkau sudah selesa, jiran engkau sudah baik, itu sudah cukup? 


Engkau lupa tuntutan utama hidupmu sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah? Ingatlah, selagi engkau bernafas, inilah tugas yang harus engkau galas tanpa sedikit pun rasa mahu bermalas-malas!

Mar 13, 2019

Mak cik Bawang Positif

MAK CIK BAWANG POSITIF
ISBN:  978-983-097-818-5
Kod: GB0562
Penulis: Aishah Abdul Rahman
Tebal: 136 ms
Harga: RM15.00/RM17.00



SINOPSIS
Mengapa mesti membawang sesuatu yang negatif jika kita boleh memilih untuk terus menjadi Mak Cik Bawang Positif? Mengutarakan sesuatu yang baik, dengan cara yang baik. Tidak perlu sinis, tidak perlu kasar sangat menegur manusia, tidak perlu mengutuk sesiapa.

Berkongsilah kebaikan dengan cara yang tidak melukakan. Betulkan kesilapan dengan cara yang betul. Betulkan orang lain dengan adab dan akhlak sendiri. Boleh sebenarnya! – BONDA NOR


Buku ini digarap berdasarkan situasi-situasi yang biasa berlaku di sekeliling kita. Merungkai peristiwa dari sudut pandang yang positif dan teguh meyakini bahawa setiap kejadian yang berlaku bukan ‘saja-saja’ ditakdirkan oleh Allah SWT. Semuanya ada ibrah. Segalanya ada hikmah. Lebih elok kita kutip hal-hal yang baik daripada ‘membawang’ menceritakan aib.

Mengetengahkan konsep penceritaan yang ringkas dan santai. Tidak perlu masa tertentu untuk fokus menghadam intipatinya. Boleh dibaca di mana-mana. Sesuai bagi pembaca yang selalu sibuk sehinggakan kadang-kadang ‘beli buku tapi tak sempat baca’.

Mak Cik Bawang Positif - sentiasa bermujahadah mencari syurga Allah SWT.

Tentang Penulis:

AISHAH ABDUL RAHMAN berasal dari Pendang, Kedah dan kini menetap di Kajang, Selangor. Mula berjinak dalam bidang penulisan pada tahun 2008 sehingga terbitnya naskhah pertama bertajuk Sukses dalam Karier untuk Muslimah (PTS Millennia). Penulis juga pernah terlibat dengan kolaborasi untuk antologi Blur (Galeri Ilmu), antologi Clear (Galeri Ilmu) antologi Sedetik.doc (Metro Media) dan sebuah antologi cerpen kanak-kanak bertajuk Terima Kasih, Ibu (DBP).

Mar 12, 2019

Hidup Biar Smart

HIDUP BIAR SMART
ISBN: 978-983-097-810-9
Kod: GB558
Penulis: Liza Suhana Ramli
Tebal: 154 ms
Harga: RM15.00/RM17.00



SINOPSIS

Catatan ini ditulis genap 15 tahun penulis menyandang gelaran sebagai pendidik. Ya! Isu-isu remaja amat dekat dengan penulis sejak sekian lama.

Pelbagai cerita pahit manis yang ditempuhi oleh siswa dan siswi telah penulis saksikan. Mendepani ragam remaja yang kian menginjak dewasa ini meninggalkan seribu satu kisah yang di antaranya menjadi garapan untuk habuan mata dan hati masyarakat di luar sana.


Cabaran berdikari buat pertama kalinya tanpa pengawasan ibu bapa dan guru menjadi titik permulaan yang penting dalam kehidupan di kampus. Bagi yang kukuh iman di hati dan pandai membawa diri, tidak akan semudahnya menyerah dengan cabaran yang mendatang dan tidak pula mudah terbuai dengan keseronokan yang terhidang di depan mata.
Pilihlah sahabat yang jelas hala tuju dunia dan akhiratnya. Jangan mudah terpedaya dek cinta yang belum pasti berakhir menjadi jodoh. Elakkan diri daripada terjebak dengan pergaulan yang tidak sihat yang bakal mengundang mudarat. Uruslah emosi sendiri supaya mudah meniti jalan yang bakal ditempuhi. Jaga akhlak yang menjadi cerminan peribadi. Tetapkan matlamat dan tingkatkan usaha untuk menggapai kejayaan yang diimpi.

ALU-ALUAN
“Buku yang penuh dengan nasihat dan perkongsian pengalaman serta ilmu. Bermula dengan cabaran berdikari dan pelbagai pengalaman hidup dari alam percintaan sehinggalah perubahan dan tekanan emosi dalam menangani cabaran hidup, penulis telah mengheret kita lebih jauh dalam mendalami erti kehidupan. Realiti dalam kehidupan disentuh dalam bentuk cerita yang mampu menonjolkan mesej yang ingin disampaikan.”
-         DATO PROF. DR. HJ. MOHD IDRUS HJ. MOHD MASIRIN

“Penulis telah menyajikan 28 kisah benar yang ditulis dengan berlatarbelakangkan sebuah institut pengajian tinggi negara. Penulisan dengan gaya bahasa yang bersahaja diperkukuhkan pula dengan hadis sahih, cerita daripada Al Quran dan kisah para Nabi serta pesanan cendekiawan pasti akan menggamit pembaca untuk terus membaca sehingga helaian terakhir. Uniknya buku ini kerana ia dapat diangkat sebagai sebuah naskhah motivasi. Penceritaan dengan nada yang santai tetapi intinya menyengat di hati.”
YUSMA YUSOF

Tentang Penulis
Liza Suhana Ramli adalah seorang pensyarah di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Anak sulung kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini berkecenderungan dalam isu meningkatkan motivasi remaja dan pernah terlibat dalam beberapa program motivasi pelajar. Beliau juga merupakan salah seorang perantis Akademi Bonda Nor yang diasaskan oleh penulis buku motivasi terkenal tanah air, Bonda Nor.


Kecintaan beliau terhadap bidang penulisan telah membuahkan hasil dengan terbitnya buku solo pertama Oh, My Students! dan diikuti dengan buku antologi, Rencah Kehidupan dan Kiblat Kehidupan. Terkini, beliau tampil dengan buku antologi Siri Bercakap Dengan Cermin dan buku solo terbaharu, Hidup Biar Smart terbitan Galeri Ilmu Media Group.

Allah Itu Dekat

ALLAH ITU DEKAT
ISBN: 978-983-097-815-4
Kod: GB0557
Penulis: The Bingkisan Hati
Tebal: 176 ms
Harga: RM20.00/RM22.00



SINOPSIS
Buku ALLAH ITU DEKAT dikarang oleh empunya nama pena thebingkisanhati adalah buku ketiga beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. 

Allah Itu Dekat adalah sebuah karya motivasi yang menitipkan pesan dan nasihat tentang roda kehidupan yang sedang kita jalani. 

Ia menyentuh pelbagai ujian hidup dan bagaimana cara kita mengawal keadaan, bagaimana kita berusaha untuk bangkit dan meneruskan perjalanan. Kerana hidup yang teruji bukan untuk menyerah tetapi untuk diperjuangkan. Seharusnya tiada istilah putus asa dalam kamus kehidupan. Apa pun yang singgah, semuanya ada cara untuk mengatasinya. Insya-Allah.

Buat insan yang pernah kecundang berkali-kali dalam hidup, karya ini khusus buat kalian. Moga karya sederhana ini mampu menjentik hati dan memberi motivasi hidup. Mampu memberi kekuatan dan menghidupkan semangat yang telah lama luntur. Selamat membaca buku Allah Itu Dekat. Moga ada s
sesuatu yang kalian perolehi di dalam karya ini.


Tentang Penulis:
Thebingkisanhati meminati bidang penulisan sejak berada di sekolah menengah. Mula menulis buku pada tahun 2016 dan kini merupakan seorang penulis sepenuh masa. Beliau juga sangat meminati penulisan skrip drama, novel serta puisi.


  Telah menulis sebanyak lima buah buku motivasi antaranya Expectation, Don’t Be Sad dan ALLAH ITU DEKAT iaitu karya terbaharu beliau merupakan buku ketiga beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selain buku Allah Kan Ada serta Cukuplah Allah Bagiku.

Mar 10, 2019

Bikin Baper

BIKIN BAPER
ISBN: 978-983-097-812-3
Kod:  BP0043
Penulis: PAEH DESIGN
Tebal: 128 ms
Harga: RM13.00/RM15.00







SINOPSIS
Komik yang membawa tema Ramadan ini merupakan kompilasi karya Paeh Design. 

Ia menghimpunkan komik-komik pendek serta karya-karya yang terdapat di dalamnya ialah karya yang membawa perasaan dan mencuit hati daripada media sosial yang diberikan nafas baharu sebagai dakwah ringan, nasihat dan hiburan buat semua pembaca.



Tentang Penulis
Paeh Design
Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena Paeh Design berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah.
  Antara judul komik tersebut adalah Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah dan Inkramadhan.   Komik BIKIN BAPER merupakan komik kedua bersama dengan BUKU PURIS selain komik Sakura No Suki 1.  


Revive Ramadan

REVIVE RAMADAN
ISBN: 978-983-097-813-0
Kod: BP0041
Penulis: If Moses  &  Jauhar Wing
Tebal: 128 ms
Harga: RM13.00/RM15.00



SINOPSIS:

Komik ini merupakan komik strip dakwah yang berkisarkan pelbagai isu berkaitan bulan Ramadan. 

Hakikatnya Ramadan itu hanya 1% menahan lapar dan dahaga. Manakala 99% lagi ialah mendekatkan diri kepada-Nya.

Jalanilah hidupmu seolah-olah setiap hari adalah RAMADAN. Dan beribadahlah seolah-olah akhirat nanti adalah AIDILFITRI yang berkekalan.



Tentang Penulis
IF MOSES
IF Moses merupakan seorang pelukis komik dakwah dan freelancer sepenuh masa yang berasal dari Kajang, Selangor.  Merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa buah komik: Komik Aktivis (dalam Antologi Komik Puris,  terbitan Buku Puris), siri Komik Gaza (terbitan Iman Publication)  dan Inkramadan (terbitan Daie Kreatif Venture). Bermula dengan memuatnaik komik-komik dakwah di media sosial,  kini beliau aktif menjelajah ke sekolah-sekolah untuk menganjurkan bengkel melukis dan memberi ceramah mengenai isu kemanusiaan Palestin. Komik Revive Ramadan merupakan kolaborasi bersama dengan Jauhar Wing.

JAUHAR WING

Pemilik kepada nama sebenar, Maryam Jamilah. Beliau telah memilih kerjaya sebagai Ilustrator. Bersama Daie Kreatif Venture, beliau telah menerbitkan komik zine yang bertajuk Ambivert. Komik Hening Kirana merupakan terbitan pertama beliau di bawah Buku Puris dan komik Revive Ramadan merupakan kolaborasi bersama dengan IF Moses.

Mimpi Bintangku 2

MIMPI BINTANGKU 2
ISBN:  978-983-097-811-6
Kod: BP0040
Penulis: Abeben & Shafy Zahin
Tebal: 272 ms
Harga: RM18.00/RM20.00

SINOPSIS:
Sambil belajar, sambil melukis komik. Kedengarannya seperti indah. Namun, hakikatnya bukan mudah.

Masyarakat melihat Nazmi sebagai insan hebat yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara, dan bahagia apabila menerbitkan komiknya secara indie di Malaysia. 

Namun tiada yang tahu, di sebalik senyumannya, dia sedang terseksa. Saat manusia semakin kagum dengannya, dia semakin kesunyian di luar negara. Saat orang menyangka dia bahagia, sebenarnya dia sedang menangis tak berair mata.

Dalam kemurungan, Nazmi bergelut dengan dirinya sendiri. Ternyata ujian mental itu jauh lebih mencabar daripada ujian fizikal. Sebuah fasa kehidupan yang pastinya pernah dilalui kebanyakan penggiat seni.


Disangkakan itu mimpi indah, rupanya ia mimpi ngeri. Sampai satu ketika, hati tertanya-tanya, ‘Patutkah aku, berhenti bermimpi?’

Tentang Penulis:
ABEBEN
Berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Merupakan siswazah dalam bidang Mechanical Engineering with Advanced Design and Innovation dari universiti di United Kingdom. Beliau juga adalah ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa buah komik. Antara tajuk-tajuk yang dihasilkan oleh beliau adalah Lukisan Tarbiah Sentap 1, Lukisan Tarbiah 2: Refleksi, Lukisan Tarbiah 3: Air Mata Terakhir, Aku, Engkau Dan Alif, Aku, Engkau Dan Alif 2: After Story dan Badai 1 – 5.
Bersama BUKU PURIS antara karya yang telah diterbitkan ialah Mimpi Bintangku, antologi komik: Gen Y, Yolo & Sifu, Godcentric 1 & Godcentric 2. Manakala komik terbaharu Mimpi Bintangku 2 ini merupakan kolaborasi beliau bersama dengan Shafy Zahin seperti komik sebelum ini.

SHAFY ZAHIN


Merupakan seorang pelukis komik yang bermula sebagai pelukis komik amatur di media sosial. Kini, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa karya bersama penerbit BUKU PURIS. Antara karya tersebut ialah Komik Siri: Mimpi Bintangku, Antologi Komik Puris: SIFU dan komik Anugerah Terindah. Manakala komik terbaharu Mimpi Bintangku 2 ini merupakan kolaborasi beliau bersama dengan Abeben seperti komik sebelum ini.

Ragaman Ramadan

RAGAMAN RAMADAN
ISBN: 978-983-097-814-7
Kod: BP0042
Penulis: Abeben, Imanimex & Baman
Tebal: 128 ms
Harga: RM13.00/RM15.00



SINOPSIS

Bulan Ramadan yang penuh dengan pelbagai ragam manusia dalam menjalani ibadah puasa. Ada yang berusaha untuk menjadi lebih baik, ada yang berusaha melawan nafsu, ada juga yang menjadi syaitan pada bulan Ramadan. Nauzubillah.

Komik Ragaman Ramadan merupakan komik yang menggabungkan 3 pelukis iaitu ABEBEN, BAMAN dan IMANIMEX dengan harapan, komik ini akan memberi manfaat dan santapan rohani untuk pembacanya.


Tentang Penulis:
ABEBEN
Berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Merupakan siswazah dalam bidang Mechanical Engineering with Advanced Design and Innovation dari universiti di United Kingdom. Beliau juga adalah ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa buah komik. Antara tajuk-tajuk yang dihasilkan oleh beliau adalah Lukisan Tarbiah Sentap 1, Lukisan Tarbiah 2: Refleksi, Lukisan Tarbiah 3: Air Mata Terakhir, Aku, Engkau Dan Alif, Aku, Engkau Dan Alif 2: After Story dan Badai 1 – 5.
   Bersama BUKU PURIS antara karya yang telah diterbitkan ialah Mimpi Bintangku, Mimpi Bintangku 2, antologi komik: Gen Y, Yolo & Sifu, Godcentric 1 & Godcentric 2.
IMANIMEX
Imanimex berasal dari Jeli, Kelantan dan telah menamatkan pengajian sebagai seorang Guru dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa komik iaitu Kompilasi Komik Dakwah Tarbiyyah Imanimex 1 & 2 dan Komik Tarbiyyah No Namida.
  Bersama BUKU PURIS antara karya yang telah diterbitkan ialah komik berwarna Seriuslah! dan Ragaman Ramadan pula merupakan karya terbaharu. 
BAMAN

Pemilik nama sebenar Muhammad Luqman merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Sebagai ahli Daie Kreatif Venture, beliau turut aktif dalam aktiviti yang dianjurkan syarikat. Komik On The Way  terbitan BUKU PURIS  merupakan hasil penulisan kreatif pertama dari BaMan berkolaborasi bersama AbeMat Usul. Sementara, komik Ragaman Ramadan ialah kolaborasi bersama Abebben dan Imanimex.

Misi Detektif Fateh: Perang Mental

MISI DETEKTIF FATEH: PERANG MENTAL
ISBN: 978-983-097-807-9
Penulis/pelukis: Afiq dan Nazry Salam
Kod: GB 555
Harga: RM25.00/RM27.00







SINOPSIS


Novel  ini menampilkan kompilasi cerita daripada Misi Detektif Fateh 1, 2, dan 3. 

Istimewanya ia memuatkan kisah penamat bagi siri ini iaitu ‘Kes 10: Perang Mental.’ Ringkasnya buku ini adalah karya lengkap Misi Detektif Fateh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...