.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Feb 19, 2019

Keluarga Idaman Syurga

Judul: Keluarga Idaman Syurga
Penulis: Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al-Amin 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-769-0
KOD: GB 0538
TEBAL: 360 m/s
HARGA: RM 30.00/ 32.00

​​SINOPSIS:

Membina rumah tanggga mungkin tidak sukar, tetapi memastikan rumah tangga dan keluarga itu aman damai, bahagia dan berjalan lancar itulah cabaran yang tidak dapat dielakkan. 

Panduan untuk menghadapi cabaran dalam berumah tangga dan berkeluarga berpandukan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim didedahkan dalam buku ini. Penulis menghimpunkan 40 ayat-ayat al-Quran tentang kekeluargaan dan rumah tangga.

Buku ini membincangkan pelbagai teknik dan tip untuk mengenal pasti isu dan masalah, bagaimana untuk memahami punca lalu mencadangkan jalan penyelesaian terbaik berpandukan ayat-ayat suci al-Quran.

KANDUNGAN
Muqaddimah
BAB 1 PENGENALAN
Mengenali Hukum Berkahwin, Unsur Emosi dalam Perkahwinan, Ilmu Pengurusan dalam Rumah Tangga, Mengenali Pasangan, Mengenali Nafsu, Mengenali Bisikan Syaitan dalam Rumah Tangga
Mengenali Permusuhan dalam Rumah Tangga, Mengenali Perceraian, Mengenali Tanggungjawab Selepas Perceraian dan lain2.

BAB 2 PEMAHAMAN
Memahami Naluri Saling Melengkapi, Ikhlas dalam Rumah Tangga, Sabar dalam Rumah Tangga, Larangan Bersangka-sangka dalam Rumah Tangga,  Izin dalam Rumah Tangga, 10 Perkataan dalam Rumah Tangga, dan lain2

BAB 3 TINDAKAN
Bagaimana Membina Sebuah Rumah Tangga, Menjadi Suami Berwatak Rijal,  Panduan Ketika Dicaci, Bagaimana Memasuki Dunia Pasangan, Bagaimana Menegur Isteri, Bagaimana Melembutkan Ketegangan, Bagaimana Membentuk Romantik dan lain2 lagi.


TENTANG PENULIS
Al-Amin adalah nama dalam kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian ke Maahad Muhammadi, Kelantan dan Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. Semasa di Kelantan sering berulang-alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Meneruskan pengajian ke Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang Syariah dan Undang-Undang, seterusnya ke Maahad Ihsaniah Penang dalam program berkembar al-Azhar. Diterima masuk ke Universiti al-Azhar, Kaherah dalam Kuliyyah Syariah untuk tahun akhir. Sekembalinya, mengambil diploma profesional, Diploma Administration of Islamic Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang melayakkan beliau menjadi Pengamal Undang-undang Syariah di Malaysia. Kemudian membuat Master di Universiti Malaya dan Master kedua di UIAM.  Kini menulis di peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia. Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University, Rusia. Bermula 2003 merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan ulama yang ditemui di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir dan lain-lain.
Beliau aktif dalam sukan selam scuba bermula 2013 dan memiliki sijil Instruktor tertinggi (Course Director). Mengetengahkan selam scuba sebagai medium dakwah.
Mengasaskan Forensik Insan bagi membantu pengurusan emosi. Giat memberikan perkongsian dan ceramah di dalam dan luar negara, televisyen dan radio. Giat menulis buku di majalah dan akhbar. Mendapat anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 1436H/ 2015M.

Terlibat secara aktif dengan program dan bantuan ke Palestin, bersama-sama  dengan misi kemanusiaan seperti tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim di Puchong dan bersama Yayasan al-Ijabah dalam program amal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...