.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Jul 3, 2018

Mau‘Izhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh

Mau‘Izhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh
ISBN: 978-983-097-713-3
Kod: GB497
Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Tebal: 208 ms
Harga: RM22.00/RM24.00*


SINOPSIS

Mau‘izhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh ialah buku terakhir dalam siri Mau‘izhah Hasanah.

Buku ini menekankan perkaitan antara kita yang masih hidup dengan mereka yang sudah meninggal dunia.

Sesungguhnya alam barzakh sangat menggerunkan dan menakutkan, maka sewajarnya kita mempersiapkan sebanyak mungkin amal sebagai bekal untuk ke sana.

Namun jika bekal yang dibawa tidak mencukupi, apa lagi daya yang ada saat kita sudah tiba di barzakh? Hanya doa dari mereka yang masih hidup akan memberi kelegaan. Doa orang Mukmin membantu ahli kubur seperti talian hayat di barzakh.


KANDUNGAN

SELARASKAN KEHIDUPAN SEBELUM MATI
-         Penderitaan Mayat Akibat Ratapan Orang Terhadap Dirinya
-         Selaraskan Matlamat Hidup kepada Akhirat
-         Islam Melarang Meratapi Kematian
-         Mayat Terseksa Apabila Berlaku Ratapan
-         Keselarasan Perjalanan Hidup Menuju Akhirat Allah
-         Masing-masing Tercela
-         Pastikan Ada Matlamat

MAYAT DIAZAB AKIBAT PERBUATAN ORANG YANG MASIH HIDUP
-         Tangisan Orang yang Masih Hidup
-         Diazab Kerana Tangisan Orang Yang Masih Hidup
-         Islam Melarang Binaan di Atas Kubur
-         Ratapan Umpama Dijirus Air Panas Mendidih
-         Pembahagian Harta Pusaka dan Pertengkaran
-         Hebahan Harta Pusaka dan Hutang-piutang
-         Pertengkaran di Dunia Terbawa-bawa ke Akhirat
10 PENDAPAT TENTANG SEKSAAN TERHADAP SI MATI
1.        Si mati akan diazab
2.        Bukan secara mutlak
3.        Si mati diazab ketika diratap sahaja
4.        Khusus untuk orang kafir sahaja
5.        Ratapan kebiasaan atau tradisi
6.        Berwasiat untuk diratapi
7.        Tidak berwasiat agar jangan diratapi
8.        Ungkapan yang diucap saat meratap
9.        Celaan malaikat kepada mayat atas ratapan keluarganya
10.    Penderitaan mayat atas ratapan keluarganya

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH ORANG HIDUP
-         Islam Melarang Raungan dan Ratapan
-         Mati Adalah Perjalanan Sementara
-         Rasulullah SAW Melarang Adakan Jamuan di Rumah Si Mati
-         Beri Kekuatan untuk Perjalanan Seterusnya
-         Wasiat
-         Persediaan Umum Sebelum Meninggal Dunia
-         Derma Organ
-         Hilangnya Adab dan Akhlak

HUTANG SI MATI DAN ADAB DI PERKUBURAN
-         Wanita Menghantar Jenazah ke Kubur
-         Hutang Si Mati
-         Menyesal Sesudah Mati
-         Perbuatan yang Menyeksakan Ahli Kubur
-         Jaga Adab
-         Berbuat Kebaikan, Malaikat Akan Mendoakan Kamu
-         Menyakiti Mayat Sama Seperti Menyakiti Dia Semasa Hidupnya

DUA MALAIKAT PENJAGA KUBUR ORANG MUKMIN
-         Tugas Raqib dan ‘Atid
-         Kejahatan Tidak Akan Menang
-         Sukarnya Menyebut “لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ” Ketika Sakaratulmaut
-         Tanda-tanda Ahli syurga dan Neraka
-         Tiga Perkara Asas ke Arah Kebaikan
-         Doa Raqib dan ‘Atid Membantu Orang Mukmin di Akhirat

HARI-HARI YANG BERMANFAAT UNTUK MAYAT KETIKA DI DALAM KUBURNYA
-         Suara Pertama di dalam Kubur
-         Suasana di Barzakh Bagi Calon Syurga dan Neraka
-         Letih di Dunia untuk Berehat di Barzakh

MENUNTUT ILMU DAN KEIKHLASAN
-         Meninggal Dunia dalam Keadaan Ikhlas

TENTANG INFAK
-       Mengubah Harta Menjadi Pahala
-       Kelebihan Sedekah dan Derma

TEMAN DI ALAM BARZAKH
-         Tidak Mudah Menjaga Keluarga
-         Yang Tinggal Kekal dengan Si Mati ialah Amalan
-         Tinggal Keseorangan di Kubur
-         Bersoal Jawab di dalam Kubur
-         Kubur Siapa di Sebelah Kubur Kita?

TENTANG USIA DAN AMALAN CERDIK
-         Menempah Tiket ke Pasar Syurga
-         Perkara yang Membawa Manfaat kepada Mayat di dalam Kubur
-         Orang Cerdik akan Memilih Amalan yang Cerdik

AMALAN BAIK MENGELILINGI JASAD ORANG SOLEH
-          
PERKARA YANG BERMANFAAT DAN YANG TIDAK BERMANFAAT UNTUK SI MATI

ANAK SOLEH DAN PAHALA BERTERUSAN

SUPAYA MENDAPAT PAHALA BERTERUSAN SETELAH MATI

TUJUH ORANG YANG BERUNTUNG SETELAH MATI
1. Orang yang mengajarkan ilmu
2. Orang yang mengalirkan sungai
3. Orang yang membuat telaga
4. Orang yang menanam pohon kurma
5. Orang yang membangunkan masjid
6. Orang yang mewariskan kitab al-Quran
7. Anak yang ditinggalkan mendoakan kedua ibu bapa

Lain-lain kandungan:
-Anjuran Menziarahi Kubur
-Menunggu Kiriman Hadiah 

-Hadiah Mukmin Kepada Saudaranya dalam Kubur 
-Bangkit dalam Keadaan Suci dari Dosa
-Perkara yang Diterima Selepas Kematian

TENTANG PENULIS

USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI, pendakwah bebas dan penceramah yang aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau seluruh Malaysia. Pernah menjadi tetamu jemputan dalam rancangan televisyen Tanyalah Ustaz, Zikir Hati dan Semanis Kurma, juga program Mau’izati di radio Ikim.fm. Pengasas Maahad Tahfiz An-Nabawi (Selangor, Pahang, Kedah dan Kelantan), juga Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA). Mau‘izhah Hasanah 4: Talian Hayat di Barzakh adalah siri terakhir Mau‘izhah Hasanah yang mengupas kitab Ziarah Ke Alam Barzakh karya Al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi. Siri-siri sebelum ini ialah: Mau‘izhah Hasanah: Malam Pertama di Barzakh, Mau‘izhah Hasanah 2: Teman di Barzakh dan Mau‘izhah Hasanah 3: Khabar dari Barzakh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...