.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Apr 20, 2018

Team Up!

Team Up!
ISBN: 978 - 983 - 097- 719 - 5
Kod: BP021
Penulis: Abemat Usul
Kategori: Komik
Tebal: 256 ms
Harga: RM23.00/ RM25.00

SINOPSIS

Komik TEAM UP! tentang permusuhan antara Empayar Muluk dan Empayar Namrud yang masing-masing mewakili kerajaan Islam dan kerajaan bukan Islam. 

Pada peperangan besar yang lepas, ketua empayar Muluk dan empayar Namrud iaitu Sultan Abdul Aziz dan King Namrud III telah membuat perjanjian perdamaian dan telah disyaratkan selama 50 tahun oleh Sultan Abdul Aziz. Perjanjian ini dimaterai setelah terhempasnya meteor yang dinamakan Oplo di pusat bandar ibu kota Empayar Muluk, kota Maqdis sewaktu peperangan masih berlangsung.

Kemudian, saintis dan pengkaji di Empayar Muluk mendapati Oplo mampu mengeluarkan tenaga tersendiri dan ia telah dijadikan sumber tenaga. Maka bermulalah era teknologi dan kemajuan di sana. Rakyat Muluk mula tenggelam dengan kehidupan moden dan mereka juga makin jauh daripada ajaran agama Islam.

Pada tahun ke-40 perjanjian, sekali lagi meteor terhempas di Empayar Muluk. Apa yang mengejutkan, meteor tersebut jatuh tepat di kawasan meteor Oplo. Perkara pelik mula terjadi di mana segala ciptaan yang menyerap tenaga daripada Oplo tidak lagi berfungsi. Ternyata meteor kedua tersebut mampu memadamkan kuasa Oplo. Empayar Muluk lumpuh.

Tidak lama kemudian mereka didatangi askar-askar dari empayar Namrud. Akhirnya mereka sedar bahawa Oplo adalah senjata oleh Namrud untuk melemahkan umat Islam di Muluk, dan tidak dinafikan strategi Namrud berjaya. Saat tentera Namrud ingin menyerang Istana Muluk, keluar dua orang pemuda dengan gah iaitu Tengku Umar dan Usman untuk berunding dengan King Namrud III.

Hasil perundingan, Namrud telah diingatkan bahawa perjanjian perdamaian itu berbaki 10 tahun. Jika mereka diserang semasa perjanjian masih berjalan, secara automatik, empayar Namrud akan menjadi musuh kepada semua empayar yang ada. Jadi, dalam masa berbaki 10 tahun itu, Empayar Muluk perlu membina kembali kekuatan mereka dan King Namrud sudah memberi amaran bahawa mereka juga tak akan berdiam diri sepanjang waktu itu.

Tengku Umar meminta kebenaran ayahnya, Sultan Abdul Aziz untuk keluar sebagai rakyat biasa bagi mencari dan menubuhkan pasukan yang dapat membantu dalam segala sudut kekuatan bagi berhadapan dengan serangan oleh Empayar Namrud.

Maka bermulalah perjalanan Umar. Sepanjang misinya, berlaku banyak gangguan dan halangan daripada Namrud yang turut menjadikan rakyat empayar Muluk sebagai tali barut mereka. Berjayakah Umar menemukan ahli pasukan seperti yang dikehendakinya?

TENTANG PENULIS

AbeMat Usul berasal dari Kampong Paloh, Terengganu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin dengan Kepujian (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan merupakan ahli Daie Kreatif Venture. Beliau masih baru dalam bidang komik dan komik ini merupakan karya pertama beliau yang diterbitkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...