.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Feb 20, 2018

Raja Bukan Sehari

Judul: Raja Bukan Sehari
ISBN: 978-983-097-694-5
Penulis: Ikhram Husin
Kod: GB0477
Tebal: 192 ms
Teks: 2 warna
Harga: RM20/22* (Sabah/Sarawak)












SINOPSIS

Setiap isu atau masalah dalam rumah tangga perlu ditempuh dengan jiwa yang besar. Besarkanlah jiwa agar masalah menjadi kecil. Jiwa yang besar akan sentiasa membesarkan Allah SWT setiap kali berhadapan dengan ujian.

Allah SWT berfirman: “Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum 30: 21)

Maka dalam berumah tangga, apa sahaja yang membangkitkan rasa cinta dan kasih sayang suami isteri, pastikan asasnya ialah mencintai kerana Allah SWT; mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Biarlah rumah tangga kita dipenuhi para pencinta yang mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Moga-moga dengan kehadiran buku ini menjadi sedikit bekal rujukan bagi para pengamal kaunseling, psikologi, pegawai agama, pemimpin masyarakat yang merupakan tempat rujuk kalangan komuniti. Begitu juga menjadi panduan buat pasangan yang bakal atau telah pun berumah tangga. Berusahalah menyelamatkan rumah tangga yang diuji sedaya mampu diri dengan sematkan keikhlasan hati.



KANDUNGAN

  • Petua Memilih Pasangan
  • 9 Asas Membina Kemesraan
  • Mesti Pandai Memilih
  • Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah Menurut Islam
  • Kriteria Keluarga  Sakinah, Mawaddah Warahmah
  • Tujuan dan Manfaat Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah
  • Isteri adalah Amanah Allah
  • Suami adalah Seorang Pelindung
  • Persoalan Kahwin Awal
  • Jatuh ke Lembah Cinta
  • Soal Jawab Perkahwinan



Mengenai Penulis

HJ. MOHD. NOOR IKHRAM B. HUSIN (K.B.P.A), seorang kaunselor berdaftar (3010/Perakuan Amalan: 1965) yang sudah tidak asing dalam bidang kaunseling keluarga dan rumah tangga sama ada di media massa atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta.

Antaranya; radio IKIMfm: Panel slot Dari Hati setiap hari Jumaat, jam 9-11 malam (sejak 2015-kini), slot Usrah Nurani (2013-kini), slot Remaja (2013-2014). Di RTM1: Panel rancangan Seruan Haji (2017/1438H). Di TV AlHijrah: Panel rancangan Assalammualaikum. Dan di Astro Oasis: Panel rancangan Ummi dan Abi, Tazkirah Malam Jumaat dan Tabayyun.

Beliau juga merupakan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, aktif dalam program-program bimbingan Kaunseling Islami kumpulan sasaran kes juvana, remaja, ibu tunggal, perceraian, kelompok miskin tegar di seluruh Malaysia, turut terlibat  mengendalikan sesi dakwah jalanan kumpulan sasaran gelandangan, mak nyah, pekerja seks di sekitar Kuala Lumpur, Terengganu, Johor dan Selangor (2012-kini), Program Mukhayyam JAKIM bersama golongan mak nyah, homoseksual dan lesbian di Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, (2011-kini), selain turut mengendalikan pelbagai Program Motivasi Psikologi bagi JPM, KPWKM, KDN, KKLW, MOF, MOTAC, KPDNKK, JPA, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, SYABAS, MAB, MAS, MOF, Sekolah dan IPTA seluruh Malaysia. (2005-kini).


Memegang Ijazah Sarjana (Pendidikan) Bimbingan dan Kaunseling (UKM). Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2013) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kerajaan Negeri Selangor (2013) serta juga adalah Ahli Seumur Hidup Persatuan Kaunselor Antarabangsa Malaysia (PERKAMA International) dan Persatuan Pegawai Psikologi Perkhdimatan Awam (PSIPA).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...