.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Feb 19, 2019

Didik Anak Cemerlang

DIDIK ANAK CEMERLANG
ISBN: 978-983-097-789-8
Kod: GB 548
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Tebal: 224 ms
Harga: RM25.00/RM27.00

SINOPSIS
Didik Anak Cemerlang (DAC) merupakan buku petua atau menyemai idea untuk mereka yang bakal atau baru melangkah ke alam rumah tangga. Penulis berkongsi 15 petua yang wajar dipertimbangkan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak yang cemerlang. 

Cemerlang bukan dalam erti cemerlang akademik sahaja, tetapi yang lebih penting ialah cemerlang sebagai anak yang soleh.
Terdapat juga 15 anekdot perjalanan kehidupan penulis dalam menimba ilmu yang mahu dijadikan panduan. Ia kisah-kisah yang menceritakan kejayaan dan kegagalan yang dikaitkan dengan kejayaan akademik.
Hari ini, ibu bapa melihat anak-anak perlu cemerlang dari segi akademik, lantas meminggirkan ilmu akhirat mereka. Ibu bapa berkorban apa sahaja termasuk wang ringgit untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksan.
Inilah yang cuba diperjelaskan oleh penulis bahawa anak yang cemerlang sebenarnya perlu seimbang ilmu dunia dan akhirat.

TENTANG PENULIS
Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof MKI merupakan Profesor Perakaunan di UniKL Business School. Beliau pernah berkhidmat lebih daripada 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah.
Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom.
Prof MKI merupakan penulis prolifik. Bermula dikenali ramai dengan buku klasik yang anggaran dibaca lebih sejuta orang, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, beliau telah menulis banyak buku berunsur kerohanian mengajak khalayak pembaca menghampirkan diri kepada-Nya.

Beliau juga menyampaikan kuliah, tazkirah dan motivasi di masjid, sekolah dan di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta secara percuma.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...