.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Feb 19, 2019

Diet Mak2

JUDUL: Diet Mak-mak
ISBN: 978-983-097-791-1
Kod: GB541
Penulis: Ruqayyah Muhd
Tebal: 224 ms
Harga: RM30.00/RM32.00



SINOPSIS

Semua ibu, mahu berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan. Mahu anak yang sihat dan lahir sempurna. Apabila melalui alam berpantang, tiada ibu mahu melalui tempoh berpantang yang sukar. Sering kali juga dimomokkan dengan mitos-mitos yang tidak masuk akal.

Tempoh berpantang juga adalah tempoh ibu belajar menyusukan anak. Semua ibu yang menyusukan anak, mahukan air susu itu dapat menjadi sumber nutrisi yang berkualiti buat anak. Matlamat mahu menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun usianya. Ibu sanggup bangun memerah susu dan menyusukan anak di tengah malam. 

Adakalanya tidur bersandarkan kepala katil demi memastikan anak dapat menyusu dengan baik dan tidur lena. Biar perut berkeroncong hebat, mulut kering dan tubuh letih, tetapi kerana anak mahu menyusu, semua keinginan ibu ditolak tepi dahulu demi seorang anak. Hebatnya kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi. Apa saja demi anaknya pasti akan dituruti.



Namun, ada tikanya kerana anak itu adalah keutamaan, ibu sering terlupa yang mereka itu adalah matahari di dalam sistem suria keluarga. Makan dan minum tidak terjaga baik demi kelangsungan anak dan suami.

Justeru, setelah hampir enam tahun penulis memberikan ceramah di kelas antenatal, banyak persoalan yang diutarakan oleh ibu-ibu. Persoalan yang kadangkala nampak remeh tetapi sebenarnya memberikan impak yang besar dalam kehidupan. Penulis menyedari, ibu-ibu ini tidak punya rujukan bagaimana mahu melalui alam kehamilan ini dengan manisnya.


Maka, naskhah Diet Mak-mak ini, ditujukan khas buat semua mama, mak, ibu, umi di luar sana yang kasihnya seluas langit, cintanya sedalam lautan tak bertepi.  Moga coretan rasa ini menjadi panduan buat ibu-ibu di luar sana menjaga pemakanan demi keluarga tercinta.

Sampukan Jin Akhyar

SAMPUKAN  JIN  AKHYAR
ISBN: 978-983-097-801-7
Kod: BP035
Penulis: Zamanluk
Tebal: 152 ms
Harga: RM13.00/RM15.00




SINOPSIS

Novel SAMPUKAN JIN AKHYAR mengisahkan Amran terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam gaung. Apabila tersedar, dia berada di dalam sebuah tempat yang gelap dan sempit. Rupa-rupanya dia berada di dalam penjara.

Sudah tentu Amran berasa hairan bagaimana dia boleh berada di situ? Di penjara sempit itu hanya dia berdua bersama Rekky yang telah berada dipenjara itu selama sepuluh tahun. Pelbagai persoalan muncul dibenak fikirannya dan persoalan utama adalah apakah kesalahan dirinya hingga dia dipenjarakan? Sepatutnya dia terlantar di hospital selepas terlibat dalam kemalangan.

Amran didatangi oleh Peguam Qasid yang menyatakan kesediaan untuk membelanya. Peguam Qasid memaklumkan bahawa Amran perlu bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Chif Asrar tetapi Amran langsung tidak pernah berjumpa atau mengenali Chif Asrar. Amran perlu mempertahankan dirinya. Jika didapati bersalah, Amran akan dihukum bunuh atau dipenjara seumur hidup. Amran semakin keliru.


TENTANG PENULIS

Pemilik nama sebenar, SHAHRUL ZAMAN LUKMAN merupakan penulis seramistik terbaharu di kalangan  penggemar novel seram. Novel sulung ini adalah garapan adaptasi sirah Sahabat. Selain fiksyen, beliau juga mempunyai buku non fiksyen bersama dengan penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd. Beliau juga mahir dalam pemasaran buku secara online.

Saka Cincin Long Esah

SAKA CINCIN LONG ESAH
ISBN: 978-983-097-783-6
Penulis: SUHANA SALLEH & NIDA ZAHAR
Kod: BP034
Tebal: 264 ms
Harga: RM17.00/ RM19.00

SINOPSIS

Novel SAKA CINCIN LONG ESAH mengisahkan Diana cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampung tetapi ternyata ia bukanlah perkara yang mudah bagi dirinya. Apatah lagi dia perlu mendiami rumah pusaka neneknya yang begitu asing kerana sebelum ini dia telah dibesarkan di bandar.

Baru sahaja mendiami rumah pusaka itu, dia telah pun didatangi dengan perkara-perkara yang pelik dan misteri. Malam pertama di rumah itu dia telah terdengar suara dari arah dapur. Manakala adiknya Imran pula telah hilang ketika bermain di halaman rumah hingga memaksa bapanya memanggil bomoh terkenal di kampung itu dan turut mendapatkan bantuan dari seorang ustaz. Syukur, adiknya berjaya di jumpai oleh ustaz berpandukan pada mimpi mama yang melihat Imran duduk dalam keadaan ketakutan di bawah sebatang pokok besar iaitu pokok jejawi yang terdapat di halaman rumah tersebut. 
Di rumah pusaka itu terdapat sebuah bilik dan ia menjadi kawasan larangan bagi setiap penghuni rumah terbabit.  Apa yang dilarang itu menjadi sesuatu yang menggugah naluri ingin tahu Diana. Penemuan Diana dari dalam bilik misteri itu telah membawa Diana ke garisan permulaan kepada pembongkaran misteri keluarga yang telah dikambus sekian lama.
Kejadian demi kejadian aneh kian tersingkap, bermula di rumah dan berlanjutan pula hingga ke kampus. Pertanyaan demi pertanyaan sering bermain dimindanya apabila dia mampu untuk melihat satu demi satu penampakan mistik seolah-olah tiada lagi hijab di hadapan matanya.
Ternyata konflik diri dan keluarga akhirnya membawa Diana untuk mengenali diri dengan lebih mendalam dan memberikannya sebuah erti kehidupan yang menjangkaui batasan pemikirannya.


TENTANG PENULIS

Suhana Salleh adalah seorang pengusaha taska yang menulis. Beliau pernah menghasilkan sebuah novel awal remaja bersama Galeri Ilmu pada tahun 2011 bertajuk 'Namaku Alias Lee'. Kini beliau kembali aktif menulis tapi hanya di belakang tabir atau lebih dikenali sebagai ghostwriter. Seorang yang cepat mesra dengan kanak-kanak dan remaja. Bekerjasama dengan Nida Zahar.

Nida Zahar merupakan seorang penulis yang mempunyai minat yang unik dalam penulisan kisah seram berdasarkan pengalaman sebenar. Sudah menerbitkan beberapa buah buku terbit sendiri dan hasil kolaborasi dengan sebuah kumpulan paranormal tempatan.

Beliau juga giat mengkaji dan merekod kisah-kisah mistik di lokasi-lokasi angker seluruh negara.


Selain daripada menulis kisah seram, beliau juga merupakan penulis upahan yang telah menghasilkan beberapa buku tokoh berdasarkan kisah hidup (autobiografi).

Abang Bomba Sayang Kamu!

Abang Bomba Sayang Kamu!
ISBN: 978-983-097-792-8
Kod: GB547
Penulis: Zulkifli Che Noh & Zairoslina Ismail
Tebal: 144 ms
Harga: RM15.00/RM17.00



SINOPSIS
Menjadi seorang anggota bomba memang sangat mengujakan. Semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan tugas tidak terbendung. Setiap panggilan kecemasan umpama hadiah yang sangat bernilai. Apa tidaknya, umpama seorang adiwira yang dinanti-nantikan kemunculannya sebagai wira penyelamat.

Kehadirannya bisa meredakan hati yang gundah, memberikan ketenangan dan membenihkan harapan. Sebab itulah, pakaian celoreng bomba dicipta menggunakan warna yang terang supaya mudah dilihat oleh mangsa. Begitu juga penggunaan siren yang khusus, dapat memberi isyarat kepada mangsa bahawa mereka sedang diselamatkan.


Buku ini adalah berkenaan sisi berbeza tentang bomba dari apa yang pernah diketahui. Membaca buku ini seolah-olah anda sendiri sedang menjadi seorang anggota bomba.


Merasai cabarannya, menjiwai debarannya, menghayati pengorbanannya dan merasai kehangatan cintanya. Buku ini adalah tentang cinta pasukan bomba kepada negaranya, kepada anda semua. Abang Bomba Sayang Kamu!

Mrs Papa

Mrs. Papa
ISBN:  978-983-097-799-7
Kod: GB 546

Penulis:
Ezatul Marini Ghazali
Ruqayyah Muhd
Rozilawati Mohamed
Hayati Abu Hassan

Tebal: 168 ms
Harga: RM15.00/ RM17.00

SINOPSIS:

Wanita sering digambarkan sebagai makhluk Allah yang rumit untuk difahami, teliti dan beremosi. Justeru, bukan satu perkara mudah untuk makhluk ciptaan Allah yang indah ini mahu bergelut menjalankan dua peranan serentak.

Sebagai tulang belakang dalam rumah tangga. Sebagai wanita bekerjaya yang menyumbang tenaga untuk masyarakat.

MRS PAPA. Merekalah yang cuba berjuang untuk menjadi isteri dan ibu sejati. Mereka jugalah serikandi yang turut gigih memerah keringat mencari rezeki.

Ini adalah naskhah yang buat saya tersenyum dan berbangga dengan kehebatan jiwa para wanita di luar sana yang diwakilkan menerusi tinta para penulisnya.Mereka benar. Sebagai wanita berkerjaya, kalut dan ribut itu biasa. Tapi mereka terus melangkah demi tanggungjawab untuk membantu meringankan beban ekonomi keluarga dan menyumbang tenaga buat masyarakat sedaya upaya mereka.

Ini adalah naskhah yang perlu berada di setiap rumah dan pejabat yang mempunyai wanita-wanita hebat di dalamnya. Para isteri perlu baca untuk menambah ilmu dan semangat mereka. Para suami juga perlu baca agar mereka mampu memahami betapa besarnya pergelutan emosi seorang wanita yang keluar bekerja.

Para ketua dan pemimpin perlu baca agar mereka memahami bahawa pekerja mereka atau anak buah mereka yang bernama isteri dan ibu itu tidak mengharapkan simpati, tapi cukuplah kalau diberikan sedikit pengertian bahawa mereka juga manusia biasa - yang adakalanya sukar mencanai tenaga dan masa untuk menjadi suatu hasil yang sempurna.

Selamat datang ke dunia MRS PAPA. Dunia wanita bergelar ibu, isteri dan 'somebody'. Dunia wanita berhati waja!


Kandungan
BAB 1: MRS PAPA BU GURU
1.      Anekdot Harimau Besar
2.      Emak Awak, Emak Saya
3.      I’m Ready, My Jodoh!
4.      Justice For Encik K!
5.      Sedia Menjadi Balu?
6.      Supir Ke Mak Lampir?
7.      Sepurnama Redha

BAB 2: MRS PAPA DIETITIAN
1.      Akulah Supermak
2.      Rahmat Dalam Redha
3.      Gajet Mak-mak
4.      Berlian Di Sebalik Gunung
5.      Dear Menantu, I Am Training Your Husband
6.      Harga Sebuah Kejahilan
7.      Bintang Di Langit Syurga
8.      Hei, Ini Dunialah …
9.      Redha Seorang Isteri

BAB 3: MRS PAPA LADY BOS
1.      Welcome Mrs. Papa
2.      Mrs. Papa In The Making
3.      Cabaran Gua
4.      Fitnah
5.      Mrs Papa The Bodyguard
6.      Indahnya Penyesalan

BAB 4: MRS PAPA KESELAMATAN JALAN RAYA
1.      Sedetik Amarah
2.      Makhluk Ceruk Dapur?
3.      Selamat Hari Lahir, Mikail!

4.      Roadblock Dan Ramadan

Didik Anak Cemerlang

DIDIK ANAK CEMERLANG
ISBN: 978-983-097-789-8
Kod: GB 548
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Tebal: 224 ms
Harga: RM25.00/RM27.00

SINOPSIS
Didik Anak Cemerlang (DAC) merupakan buku petua atau menyemai idea untuk mereka yang bakal atau baru melangkah ke alam rumah tangga. Penulis berkongsi 15 petua yang wajar dipertimbangkan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak yang cemerlang. 

Cemerlang bukan dalam erti cemerlang akademik sahaja, tetapi yang lebih penting ialah cemerlang sebagai anak yang soleh.
Terdapat juga 15 anekdot perjalanan kehidupan penulis dalam menimba ilmu yang mahu dijadikan panduan. Ia kisah-kisah yang menceritakan kejayaan dan kegagalan yang dikaitkan dengan kejayaan akademik.
Hari ini, ibu bapa melihat anak-anak perlu cemerlang dari segi akademik, lantas meminggirkan ilmu akhirat mereka. Ibu bapa berkorban apa sahaja termasuk wang ringgit untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksan.
Inilah yang cuba diperjelaskan oleh penulis bahawa anak yang cemerlang sebenarnya perlu seimbang ilmu dunia dan akhirat.

TENTANG PENULIS
Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof MKI merupakan Profesor Perakaunan di UniKL Business School. Beliau pernah berkhidmat lebih daripada 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah.
Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom.
Prof MKI merupakan penulis prolifik. Bermula dikenali ramai dengan buku klasik yang anggaran dibaca lebih sejuta orang, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, beliau telah menulis banyak buku berunsur kerohanian mengajak khalayak pembaca menghampirkan diri kepada-Nya.

Beliau juga menyampaikan kuliah, tazkirah dan motivasi di masjid, sekolah dan di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta secara percuma.

Hero Kelas Corot

HERO KELAS COROT
ISBN: 978-983-097-797-3
Genre: Motivasi
Penulis: Al-Fatihe Hanafiah
Kod; GB542
Tebal: 128 ms
Harga: RM15.00/RM17.00


SINOPSIS
Penulis ingin berkongsi pengalaman sebagai insan yang pernah berada di barisan paling belakang kelas, kelas paling corot! Sekaligus mengajak pembaca untuk melihat dunia ini dari perspektif yang berbeza. 

Bahawa, bukan semua anak-anak kelas corot akan gagal menjadi manusia berguna. 

Jika betul didikannya, mereka mungkin akan lebih berjaya daripada pelajar yang saban tahun naik pentas menerima anugerah!

Ia sebuah penulisan ringan, santai tapi amat menarik, melibatkan isu masyarakat yang biasa tetapi cuba disentuh menerusi sisi yang berbeza. Tentang pelbagai masalah yang berlaku di sekeliling kita. Tentang punca, kesan, siapa yang terlibat, di mana silap dan apakah penyelesaiannya.  Kerana apa yang berlaku hari ini menentukan kesannya pada hari esok.

Buku ini mampu menyuntik kesedaran awal bagi menyelamatkan generasi kita daripada masalah yang akan menimpa.



KANDUNGAN MENARIK:
·        Kau Tu Asal Bodoh!
·        Kalau Dapat 5 E Baik Tak Payah Datang Sekolah!
·        Ketua Gangster Jadi Guru Disiplin, Pelajar 10A Jadi Kerani
·        Pegawai Polis 7E Spm
·        Budak Kelas Corot Gelap Masa Depan
·        Masuk Universiti Tapi Menganggur!
·        Kerja Tak Boleh Memilih?
·        Dan banyak lagi

APA KATA BONDA NOR?
Sukar untuk saya percaya naskhah hebat ini ditulis oleh seorang insan yang sering mendapat nombor corot dan berada di dalam kelas corot. Perkongsiannya terlalu matang dan mengesankan.

Paling penting, naskhah ini telah berjaya membuka satu paradigm baru untuk masyarakat kita dan memberikan harapan buat mereka yang barangkali sudah berputus asa. Allahuakbar! Siapa kata budak kelas corot tidak boleh berjaya? Penulis buku ini sendiri telah membuktikannya! Tahniah, Al-Fatihe. Anda, idola!

Misteri Berdarah

SIRI KAK LONG KAWASAN: 
MISTERI BERDARAH
ISBN : 978-983-097-788-1
Kod: GB0535
Pengarang : Nita Yusof
Tebal : 128 muka surat
Harga : RM12.90 /RM14.90






Sinopsis

Hafsah, Alisha, Kevin Teoh, Fayzal dan Megat Tuah adalah pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Sri Aminah. Mereka menyertai lawatan Projek Sains dan Alam Sekitar ke Kampung Kemangi untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang pertanian.


Di Kampung Kemangi mereka seringkali terserempak dengan Tok Wi. Tok Wi tidak pernah senyum dan sentiasa kelihatan bengis. Tok Wi selalu dilihat masuk dan keluar dari hutan. Mereka seringkali terjumpa dengan Tok Wi dalam keadaan yang mencurigakan. Sehinggalah suatu hari, Megat hilang. Hilang ketika di kawasan ladang itik Tok Wi. 

Ke mana hilangnya Megat dan ada apa dengan Tok Wi?

Keluarga Idaman Syurga

Judul: Keluarga Idaman Syurga
Penulis: Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al-Amin 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-769-0
KOD: GB 0538
TEBAL: 360 m/s
HARGA: RM 30.00/ 32.00

​​SINOPSIS:

Membina rumah tanggga mungkin tidak sukar, tetapi memastikan rumah tangga dan keluarga itu aman damai, bahagia dan berjalan lancar itulah cabaran yang tidak dapat dielakkan. 

Panduan untuk menghadapi cabaran dalam berumah tangga dan berkeluarga berpandukan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim didedahkan dalam buku ini. Penulis menghimpunkan 40 ayat-ayat al-Quran tentang kekeluargaan dan rumah tangga.

Buku ini membincangkan pelbagai teknik dan tip untuk mengenal pasti isu dan masalah, bagaimana untuk memahami punca lalu mencadangkan jalan penyelesaian terbaik berpandukan ayat-ayat suci al-Quran.

KANDUNGAN
Muqaddimah
BAB 1 PENGENALAN
Mengenali Hukum Berkahwin, Unsur Emosi dalam Perkahwinan, Ilmu Pengurusan dalam Rumah Tangga, Mengenali Pasangan, Mengenali Nafsu, Mengenali Bisikan Syaitan dalam Rumah Tangga
Mengenali Permusuhan dalam Rumah Tangga, Mengenali Perceraian, Mengenali Tanggungjawab Selepas Perceraian dan lain2.

BAB 2 PEMAHAMAN
Memahami Naluri Saling Melengkapi, Ikhlas dalam Rumah Tangga, Sabar dalam Rumah Tangga, Larangan Bersangka-sangka dalam Rumah Tangga,  Izin dalam Rumah Tangga, 10 Perkataan dalam Rumah Tangga, dan lain2

BAB 3 TINDAKAN
Bagaimana Membina Sebuah Rumah Tangga, Menjadi Suami Berwatak Rijal,  Panduan Ketika Dicaci, Bagaimana Memasuki Dunia Pasangan, Bagaimana Menegur Isteri, Bagaimana Melembutkan Ketegangan, Bagaimana Membentuk Romantik dan lain2 lagi.


TENTANG PENULIS
Al-Amin adalah nama dalam kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian ke Maahad Muhammadi, Kelantan dan Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. Semasa di Kelantan sering berulang-alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Meneruskan pengajian ke Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang Syariah dan Undang-Undang, seterusnya ke Maahad Ihsaniah Penang dalam program berkembar al-Azhar. Diterima masuk ke Universiti al-Azhar, Kaherah dalam Kuliyyah Syariah untuk tahun akhir. Sekembalinya, mengambil diploma profesional, Diploma Administration of Islamic Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang melayakkan beliau menjadi Pengamal Undang-undang Syariah di Malaysia. Kemudian membuat Master di Universiti Malaya dan Master kedua di UIAM.  Kini menulis di peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia. Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University, Rusia. Bermula 2003 merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan ulama yang ditemui di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir dan lain-lain.
Beliau aktif dalam sukan selam scuba bermula 2013 dan memiliki sijil Instruktor tertinggi (Course Director). Mengetengahkan selam scuba sebagai medium dakwah.
Mengasaskan Forensik Insan bagi membantu pengurusan emosi. Giat memberikan perkongsian dan ceramah di dalam dan luar negara, televisyen dan radio. Giat menulis buku di majalah dan akhbar. Mendapat anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 1436H/ 2015M.

Terlibat secara aktif dengan program dan bantuan ke Palestin, bersama-sama  dengan misi kemanusiaan seperti tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim di Puchong dan bersama Yayasan al-Ijabah dalam program amal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...