.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Dec 27, 2018

Kilas Dalam Kias

Kilas Dalam Kias
ISBN: 978-983-097-770-6      
Kod: GB529
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Tebal: 272 ms
Harga: RM25.00/RM27.00




SINOPSIS
Profesor Dr. Hamka menegaskan, “Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.”

Berdakwah dengan berdialog adalah kaedah yang paling berkesan untuk melembutkan hati yang keras dan menundukkan fikiran yang degil. Dengan dialog, pengajaran-pengajaran yang baik mampu disampakan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan dialog juga, hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat dilembutkan dan diluruskan semula.

Buku KILAS DALAM KIAS ini mengandungi kisah bernilai dakwah dan tarbiah menerusi dialog yang bersahaja tetapi sarat dengan pengajaran. la memaparkan bagaimana pendakwah menangani salah faham dan kekeliruan terhadap lslam melalui dialog-dialog ilmiah, dalam suasana yang harmoni dan santai.
Ya, dalam kias ada kilas, dalam tamsilan ada teguran, dalam gurauan dan usikan ada pengajaran yang diselitkan. Buku ini memudahkan para pembaca untuk memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana pula cara untuk membetulkannya.
Insya-Allah, dalam buku ini akan ada 'diri anda' sendiri untuk dilihat, dibaca dan dihayati.

KATA PENGARANG:

Ketika Nabi Musa a.s. ingin bertemu Firaun, Allah SWT telah berpesan tentang cara pertuturan yang perlu dilakukan olehnya di hadapan penguasa yang sangat derhaka itu. Ketika Firaun sudah tiba kepada puncak kederhakaan dengan berkata, “Akulah Tuhanmu yang paling tinggi”, Allah tetap berpesan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk memperingatkannya dengan lemah-lembut.
Firman-Nya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Thaha 20: 44)

Dakwah mesti dilaksanakan dengan pelbagai kaedah selaras dengan kepelbagaian watak, keadaan dan realiti yang sedang dihadapi oleh manusia. Namun, prinsip asasnya tetap tidak berubah yakni kasih sayang. Justeru, kasih sayang itu ialah buah kepada iman. Maka menyeru kepada iman, harus dengan iman jua. Bukan dengan cara yang lain.


Kasih sayang itu diterjemahkan melalui tiga kaedah dalam berdakwah yakni hikmah, pengajaran yang baik dan berdebat dengan cara yang baik. Pada golongan yang bijak, harus dihadapi dengan hikmah. Pada golongan yang sederhana, mesti dihadapi dengan pengajaran-pengajaran yang baik. Manakala kepada golongan yang degil, harus dihadapi dengan debat yang baik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...