.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Dec 27, 2018

Tip Kewangan Viral

Judul: Tip Kewangan Viral
ISBN: 978-983-097-781-2
Penulis: Syafieqah Alya
Kod: GB532
Tebal: 256 ms
Harga: RM30.00/RM32.00



SINOPSIS

Sanggup tidak anda jika kena buat begini:
A. Pergi kerja naik motor, di samping dapat sampai ke tempat kerja lebih awal, anda juga boleh jimat minyak dan tol.
B. Di tempat kerja, bawa bekal makan tengah hari lagi bagus, siap bawa buah potong dan air fresh oren buatan sendiri. Jimat banyak geng! Kawan pun boleh terliur tengok makanan kita.
C. Tinggallah sementara waktu dengan keluarga jika dapat kerja berdekatan dengan rumah. Duit yang orang lain buat bayar sewa rumah, kita gantikan sebagai duit poket mak ayah kita. Berkat pun dapat.
D. Kurang berbelanja sakan, cukup dengan apa yang kita ada. Matlamat kita untuk penuhkan tabungan hingga tercapai impian kita.
E. Cari pasangan yang cukup memahami tentang kewangan diri dan masa depan bersama. Tidak salah kurang dating. Yang salah bila kita tidak buat cara yang betul dengan halalkan hubungan yang terbina.

Sanggup atau tidak, tepuk dada tanya pada diri. Sekatan kewangan ini bukan untuk selama-lamanya tetapi untuk seketika, sementara kita membina mahligai kehidupan yang lebih baik.
Kewangan yang kita bakal bina adalah untuk keluarga kita juga. Fikirkan dari banyak sudut, percayalah anda akan rasa menyesal kerana tidak mula dari awal, sedangkan sudah berapa lama pula masa kita terbuang dengan perkara yang sia-sia.
Masa depan kita tidak tunggu kita untuk bersedia, tetapi kita sendirilah yang kena lebih menghargai masa kita. Anda sudah bersedia? Jom mulakan bina kewangan.


KANDUNGAN BUKU
MUQADIMAH
1.      ASAS KEWANGAN
2.      GAYA HIDUP
3.      SIMPANAN & TABUNGAN
4.      JOM MELABUR
5.      HUTANG
6.      PEMILIKAN ASET & HARTANAH
7.      PELAN PERLINDUNGAN

TENTANG PENULIS
Nursyafieqah seorang Financial consultant.
Pencapaian :
1. Merupakan graduan diploma in Accounting dan menerima award 'Anugerah Naib Chancellor'
2. Aktif berkongsi idea dan pengalaman kewangan melalui laman sosial Facebook, Telegram serta seminar
3. Mempunyai pengikut di FB seramai 71K.
4. Mula viral pada Januari tahun 2016 'Kisah gadis muda memiliki rumah superlink 5 bilik tidur 5 bilik air, kereta Subaru XV, kereta myvi, pembiayaan ASB 200K, tiada kredit kad dan tiada personal loan dengan hanya permulaan gaji RM1,600 pada usia 24 tahun'.
5. Pernah keluar surat khabar Sinar Harian pada 28/2/17 di ruangan Lanai dengan tajuk 'Gaji rendah bukan penghalang'
6. Pernah keluar rancangan TV:
- TV9 =  'Nasi Lemak Kopi O' 3 march lepas di bawah slot inspirasi
- Bernama Astro = NINE11 dibawah slot inspirasi
- TV3 = Ringgit Sense di bawah slot urus kewangan cara yang betul
- Astro PM Live = kewangan

- Radio Negeri Fm = di bawah slot kewangan anak muda

Hantu Homestay

Siri Anas Anis:
Judul: Hantu Homestay
Pengarang : Mariam Sarbini
Kod: GB0525
Tebal : 128 muka surat

ISBN : 978-983-097-775-1
Harga : RM12.90 /RM14.90










SINOPSIS

Jaka dan Puspa adalah anak kepada sahabat baik ayah Anas dan Anis. Mereka diterbangkan oleh orang tua mereka dari Australia untuk menghabiskan cuti hujung tahun bersama Anas dan Anis. Anas dan Anis gembira dapat bercuti bersama kawan baharu.

Pada suatu hari, mereka dalam perjalanan ke utara tanah air untuk mengambil ibu Anas dan Anis dari berkursus. Kereta yang dinaiki mereka yang dipandu oleh ayah Anas dan Anis terlibat dengan kemalangan kecil. Mereka terkandas di kawasan sunyi. Waktu itu hari sudah lewat petang.


Mereka terpaksa bermalam di sebuah rumah inap. Kedudukan rumah inap agak ke dalam dan tersorok di tengah-tengah kawasan kebun buah-buahan. Rumah itu adalah sebuah rumah kayu lama seperti rumah yang mereka biasa lihat dalam filem-filem Melayu seram.
Di rumah itu, pelbagai perkara yang berlaku kepada Anas, Anis, Jaka dan Puspa pada malam tersebut.
Apakah kesudahan cerita ini?

Dapatkan HANTU HOMESTAY untuk mengetahuinya!

Adrian... Penulis Superstar

Siri Penulis Junior:
Judul: Adrian... Penulis Superstar
Pengarang : Iwan Reaz
Kod : GB0528
Tebal : 128 muka surat
ISBN : 978-983-097-779-9
Harga : RM12.90 /RM14.90










SINOPSIS

Adik-adik pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis?
Adik-adik mahu jadi penulis tetapi tidak tahu caranya?
Tahukah adik-adik bahawa usia muda bukan penghalang untuk menulis buku sendiri?
Ketahuilah bahawa Adrian juga masih bergelar seorang pelajar. Tetapi beliau percaya pada minat dan bakat yang dimiliki.



Berbekalkan semangat juang dan bimbingan daripada mentornya, Aiman Syafiq, Adrian berjaya menjadi seorang penulis superstar!


Bagaimanakan cara untuk bergelar seorang penulis seperti Adrian? Ikuti pengembaraan Adrian yang serba mencabar di dalam buku ini.

Kilas Dalam Kias

Kilas Dalam Kias
ISBN: 978-983-097-770-6      
Kod: GB529
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Tebal: 272 ms
Harga: RM25.00/RM27.00




SINOPSIS
Profesor Dr. Hamka menegaskan, “Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.”

Berdakwah dengan berdialog adalah kaedah yang paling berkesan untuk melembutkan hati yang keras dan menundukkan fikiran yang degil. Dengan dialog, pengajaran-pengajaran yang baik mampu disampakan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan dialog juga, hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat dilembutkan dan diluruskan semula.

Buku KILAS DALAM KIAS ini mengandungi kisah bernilai dakwah dan tarbiah menerusi dialog yang bersahaja tetapi sarat dengan pengajaran. la memaparkan bagaimana pendakwah menangani salah faham dan kekeliruan terhadap lslam melalui dialog-dialog ilmiah, dalam suasana yang harmoni dan santai.
Ya, dalam kias ada kilas, dalam tamsilan ada teguran, dalam gurauan dan usikan ada pengajaran yang diselitkan. Buku ini memudahkan para pembaca untuk memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana pula cara untuk membetulkannya.
Insya-Allah, dalam buku ini akan ada 'diri anda' sendiri untuk dilihat, dibaca dan dihayati.

KATA PENGARANG:

Ketika Nabi Musa a.s. ingin bertemu Firaun, Allah SWT telah berpesan tentang cara pertuturan yang perlu dilakukan olehnya di hadapan penguasa yang sangat derhaka itu. Ketika Firaun sudah tiba kepada puncak kederhakaan dengan berkata, “Akulah Tuhanmu yang paling tinggi”, Allah tetap berpesan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk memperingatkannya dengan lemah-lembut.
Firman-Nya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Thaha 20: 44)

Dakwah mesti dilaksanakan dengan pelbagai kaedah selaras dengan kepelbagaian watak, keadaan dan realiti yang sedang dihadapi oleh manusia. Namun, prinsip asasnya tetap tidak berubah yakni kasih sayang. Justeru, kasih sayang itu ialah buah kepada iman. Maka menyeru kepada iman, harus dengan iman jua. Bukan dengan cara yang lain.


Kasih sayang itu diterjemahkan melalui tiga kaedah dalam berdakwah yakni hikmah, pengajaran yang baik dan berdebat dengan cara yang baik. Pada golongan yang bijak, harus dihadapi dengan hikmah. Pada golongan yang sederhana, mesti dihadapi dengan pengajaran-pengajaran yang baik. Manakala kepada golongan yang degil, harus dihadapi dengan debat yang baik.

On The Way

Judul: On The Way
ISBN: 978-983-097-765-2
Genre: Komik Puris
Kod: BP0032
Penulis: Abemat Usul  &  Baman
Tebal: 128 ms
Harga: RM10.00/RM12.00





SINOPSIS:
Komik ini merupakan kumpulan komik yang mengetengahkan perihal masyarakat pada hari ini. Komik ini dibukukan untuk memberi manfaat kepada semua golongan terutama para remaja.

Isu-isu yang dilakarkan ini sekurang-kurangnya dapat membuka mata masyarakat agar bersama-sama ON THE WAY berlandaskan keazaman yang tinggi untuk menjadi manusia yang lebih dekat dengan PENCIPTA.


TENTANG PENULIS:

AbeMat Usul
AbeMat Usul berasal dari Kampong Paloh, Terengganu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin dengan Kepujian (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan merupakan ahli Daie Kreatif Venture. Beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah.
Komik Team Up! merupakan komik terbitan pertama beliau bersama Buku Puris. Bagi komik On The Way, beliau berkolaborasi dengan BaMan.


BaMan
Pemilik nama sebenar Muhammad Luqman merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.
Sebagai ahli Daie Kreatif Venture, beliau turut aktif dalam aktiviti yang dianjurkan syarikat. Komik On The Way  terbitan Buku Puris ini merupakan hasil penulisan kreatif pertama dari BaMan berkolaborasi bersama AbeMat Usul.

Hening Kirana

Judul: Hening Kirana
ISBN: 978-983-097-766-9
Genre: Komik Puris
Penulis: Jauhar Wing
Kod: BP0033
Tebal: 128 ms
Harga: RM10.00/RM12.00





SINOPSIS:
HENING membawa maksud; Kejernihan, Kesepian dan Kesunyian.
KIRANA membawa maksud; Kecantikan, Keelokan dan Sinaran.

Ia mencipta suasana yang cukup mendamaikan. Ia menyerlahkan keindahan yang hakiki. Ia adalah Ketenangan Yang Indah.

HENING KIRANA menjanjikan kepada anda satu dimensi yang belum pernah ada dalam komik-komik lain. Membacanya, anda akan mempercayainya!



TENTANG PENULIS

Pemilik kepada nama sebenar, Maryam Jamilah. Beliau telah memilih kerjaya sebagai Ilustrator. Bersama Daie Kreatif Venture, beliau telah menerbitkan komik zine yang bertajuk Ambivert. Komik Hening Kirana merupakan terbitan pertama beliau di bawah Buku Puris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...