.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Oct 14, 2018

Diet Tanpa Stres

Judul: Diet Tanpa Stres
ISBN: 978-983-097-760-7
Kod: GB 513
Penulis: Arif Syukri (Ustaz Fitness)
Tebal: 240 ms
Harga: RM30.00/ RM32.00



SINOPSIS:
Buku ini bukanlah satu panduan diet dari awal sampai ke akhir. Apatah lagi memberi pelan pemakanan yang lengkap. Sebaliknya naskhah ini menghimpunkan cerita, tip, panduan, nasihat serta himpunan mitos yang berlambak di alam maya.

Ia menjelaskan subjek-subjek diet dengan cara santai, jenaka dan juga aplikasi yang fleksibel buat para pembaca dalam menurunkan berat badan secara sihat tanpa tekanan.

Kisah-kisah yang para pembaca dapat daripada naskhah ini juga berupa daripada pengalaman saya, Arif Sukri atau dikenali juga sebagai Ustaz Fitness yang pernah menghadapi masalah obesiti satu ketika dahulu.

Mudah cerita, tip yang disampaikan di dalam ini bukan sekadar teori dan fakta semata, sebaliknya ia juga hasil daripada pengalaman penulis sendiri yang pernah berada di situasi obesiti dan memahami psikologi orang obesiti.

Naskhah ini akan membantu pembaca menurunkan berat badan secara sihat, santai dan tiada tekanan. Semestinya tidak ada unsur-unsur perniagaan ubat-ubat kurus atau sebarang suplemen ketika para pembaca membaca naskhah ini kerana penulis sendiri kurus dengan cara sihat dan semula jadi.


KATA ALUAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda telah membuat satu pelaburan yang baik untuk buku ini. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk diri kita.

Saya mengucapkan tahniah kepada Coach Arif Sukri atau Ustaz Fitness di atas kejayaan karya ini. Ia satu hadiah yang istimewa buat para pembaca di luar sana yang tercari-cari satu pembacaan yang santai di dalam memahami ilmu diet dan berkaitan dengan pengurangan berat badan secara sihat.

Buku ini merupakan penulisan dari hatinya sendiri. Ada coretan menarik mengenai kisah perjuangan beliau sendiri yang satu ketika dahulu pernah tergolong di kalangan mereka yang obes. Titik kejayaannya adalah apabila kini beliau juga sebahagian daripada coach kecergasan yang membantu rakan-rakan yang lain untuk mengurangkan berat badan. Antara usaha itu adalah dengan menjadi salah seorang Team Leader bagi program Jom Kurus Malaysia Musim 11 bersama saya.

Semua orang boleh memiliki buku ini. Tidak kira lelaki, perempuan, muda atau tua. Nota-nota diet dan penceritaan yang dibawakan oleh beliau juga amat santai, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ada sedikit unsur jenaka, serius, motivasi dan juga beberapa tip diet yang beliau sendiri amalkan untuk anda pula melakukannya.

Saya percaya penulisan beliau amat dekat di hati para pembaca terutama mereka yang sedang mencari rentak semangat untuk berdiet atau yang sudah lama nak berdiet tapi asyik tak menjadi kerana beliau juga pernah berada di tempat anda satu ketika dahulu.

Nasihat saya, ambil sedikit masa untuk membaca setiap bab dalam buku ini dengan baik dan kautlah segala tip yang anda fikir sesuai untuk anda sendiri lalu praktikkan. Tapi ingat, kondisi kesihatan tidak sama untuk semua, buatlah ukuran dengan melihat kemampuan anda juga.

Akhir sekali, diet itu bukannya ambil waktu untuk sebulan dua sahaja, tetapi satu perjalanan mengekalkan tahap kecergasan untuk sepanjang hayat. Fokuslah untuk jangka masa panjang.

~ Kevin Zahri,  Cikgu Fitness Malaysia
  
TENTANG PENULIS:

 Arif Sukri berasal dari Jitra, Kedah dan di lahirkan pada tahun 1992. Seorang graduan dari Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia di bidang Usuluddin. Pernah tergolong di kalangan manusia yang mempunyai masalah obesiti dan pernah mencapai berat badan maksimum 125 kg. Berjaya menurunkan berat badan tanpa suplemen atau ubat kurus dan berdiet dengan cara sihat kepada 75 kg. Kisah beliau pernah viral di media sosial dan pernah diundang ke Astro Awani sempena Hari Sukan Negara. Begitu juga akhbar Harian Metro yang pernah menerbitkan kisah kejayaannya. Sekarang merupakan Jurulatih Kecergasan di bawah National Association for Strength & Conditioning Research (NASC)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...