.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Aug 20, 2018

Perjalanan Agung

Judul: Perjalanan Agung
Penulis: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
ISBN: 978-983-097-740-9
Kod: GB0500
Tebal: 280 ms
Harga: RM25.00/RM27.00

Sinopsis:
Ilmu Sirah adalah ilmu yang mengkaji tentang Nabi Muhammad SAW dan mesti ada sanadnya untuk menjadi sumber rujukan dalam Islam.
Dikatakan salah satu makna ilmu Sirah adalah daripada kata ‘sair’ iaitu ‘perjalanan’. Perjalanan yang dimaksudkan ialah perjalanan Rasulullah SAW yang perlu kita jadikan contoh ikutan agar kita dapat berjalan di jalan yang dijalani oleh Nabi Muhammad SAW.




KANDUNGAN
  • Kepentingan Mempelajari Ilmu Sirah
  • Hikmah di Sebalik Nama ‘Muhammad’
  • Nabi yang Terakhir
  • Nasab Rasulullah SAW
  • Perjalanan Pertama ke Syam
  • Hikmah Menggembala Kambing
  • Pembinaan Kaabah
  • Perkahwinan dengan Khadijah
  • Nabi Beruzlah di Gua Hira’
  • Turunnya Wahyu
  • Strategi Dakwah Rasulullah
  • Dakwah Keluarga Terdekat
  • Tabah Menghadapi Ujian
  •  Rundingan dan Tawaran Pembesar Quraisy
  •  Rintangan Dakwah Rasulullah
  • Pemulauan Ekonomi
  • Hijrah ke Habsyah
  • Hukum Berhijrah
  • Kisah An-Najasyi
  • 30 Utusan dari Habsyah
  • Peristiwa Israk dan Mikraj
  • 5 Iktibar Israk dan Mikraj:



Tentang Penulis:
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dilahirkan pada 12 April 1974 di Jawa Timur, Indonesia. Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami ramai ulama dan terdapat beberapa buah pondok pesantren di situ. Pada usia 21 tahun, beliau pergi ke Hadhramaut, Yaman untuk meneruskan pengajian dan berguru dengan ramai ulama, antaranya: Al-Habib Umar bin Hafidz, Al-Habib Salim asy-Syatiri, Syeikh Umar Husain al-Khatib dan Al-Habib Ali Abdul Rahman al-Jufri.
Selesai pengajian di Hadhramaut, beliau pergi ke Mesir. Di Universiti al-Azhar, beliau berguru dengan ramai ulama, antaranya: Dr. Abdul Badi' Abu Hashim, Dr. Saad Jawish, Dr. Ali Jum‘ah dan Dr. Muhammad Jibril. Seiring dengan belajar, beliau terus mengasah kemahiran berdakwah dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar pelbagai kaum dan bangsa.
Setelah menerima ijazah dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law', beliau meneruskan kembara ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.

Berkhidmat sebagai pengajar di Darul Murtadza dan aktif menyampaikan pengajian di surau dan masjid serta rancangan-rancangan ilmu di televisyen. Beliau menerima Anugerah Tokoh Ilmuan 2018 semasa Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil ke-17 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...