.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

May 2, 2018

Kuasai Tajwid 6 Jam

KUASAI TAJWID 6 JAM
ISBN: 978-983-097-739-3
Kod: GB496
Penulis: Ustadz Zubair Malik
Tebal: 136 ms
Harga: RM30.00/ RM32.00





SINOPSIS
Buku ini menghuraikan hukum hakam Tajwid dengan lengkap. Ia disampaikan dengan penyampaian yang penuh warna, lengkap dengan contoh, disertai carta dan rajah serta grafik bagi memudahkan pemahaman.

Sesuai dimilik oleh pelbagai peringkat usia yang ingin mempelajari ilmu Tajwid dan memperbaiki mutu bacaan al-Quran.






KANDUNGAN
Doa Membaca & Menghafaz Al-Quran
Nama-Nama Huruf Hijaaiyyah
1. Sejarah Ringkas Al-Quran
2. Pengenalan Huruf Hijaaiyyah
3. Pengenalan Ilmu Tajwid
4. Makhraj Huruf
5. Sifat Huruf
6. Hukum Mad
7. Hukum Mim Mati
8. Hukum Nun Mati & Tanwin
9. Hukum Idghåm
10. Hukum Qålqålah
11. Hukum Rå
12. Hukum Lam Alif
13. Hukum Bacaan Lain
14. Waqåf & Ibtida’

15. Lampiran

• Ringkasan Hukum Tajwid

Berani Menjadi Aku

BERANI MENJADI AKU
ISBN: 978-983-097-725-6
Kod: GB 495
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 200 ms
Harga: RM20.00/ RM22.00



SINOPSIS
Berani Menjadi Aku menyajikan 20 kisah yang diadaptasi daripada kisah-kisah benar dalam masyarakat. Ia berkisar tentang cerita santai zaman kanak-kanak dan remaja yang setiap pembaca juga mungkin pernah melaluinya.

Ia kisah kita! Kisah zaman ‘tak cukup akal’ yang mempamerkan pemikiran yang dangkal. Kisah yang menjadi bukti bahawa satu ketika dahulu kita juga pernah menjadi keliru dan mungkin tersilap memilih sesuatu. Namun, ia kemudiannya menjadi kisah menarik yang telah banyak membantu kita menjadi lebih baik. Banyak ibrah yang boleh diraih daripada sesuatu yang telah menjadi sejarah. Sesuatu yang membawa kita semakin hampir kepada Allah. 


Berani Menjadi Aku adalah satu antologi kisah yang cuba membawa pembaca mendekati kebenaran tanpa perlu kehilangan jati diri. Ia cuba menyedarkan pembaca bahawa banyak keinginan kita boleh ditunaikan jika dilentur dengan cara yang betul. Setiap kisah di dalam antologi ini saya ulas dengan memfokus kepada mesej utamanya. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada pembaca. Selamat menjadi seorang yang berani. Berani menjadi diri sendiri!


Up To You

UP To YOU
ISBN: 978-983-097-724-9
Kod: GB491
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 200 ms
Harga: RM20.00/ RM22.00


SINOPSIS

Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Sangat banyak yang boleh kita jadikan pengajaran!

Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Benar. Kita juga pernah berada di titik kehidupan yang sama. Pernah memberontak dan salah faham seperti mereka.



Maka gunakanlah pengalaman tersebut sebagai satu alat untuk mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah dengan cara itu, banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berhikmah.

Aqil dan Robot

AQIL & ROBOT
ISBN: 978 - 983 - 097- 721 - 8
PENULIS: Ard One
Kategori: Komik
Kod: GB489
Tebal: 112 ms
Harga: RM15.00/ RM17.00



SINOPSIS
Komik  AQIL & ROBOT mengisahkan Aqil yang dibesarkan oleh dua orang abangnya selepas kematian kedua ibu bapanya. Dua orang abangnya, Tuah dan Jebat mempunyai fizikal yang berlainan dengan Aqil. Mereka berdua merupakan separuh manusia dan separuh robot.

Bapa dan ibu mereka merupakan saintis dan bapa mereka pakar dalam bidang teknologi robotik. Tuah dan Jebat telah terlibat dalam kemalangan bas sekolah dan tubuh mereka hampir hancur. Bapa mereka berusaha menyelamatkan kedua-duanya dengan menggunakan hasil ciptaan teknologi robotik terhadap mereka berdua.

Kematian kedua-dua ibu bapa mereka berunsurkan dendam. Namun kematian mereka tidak mematikan dendam terhadap keluarga tersebut sebaliknya anak-anak mereka iaitu Tuah, Jebat dan Aqil menjadi galang gantinya.

Demi mendapatkan formula rahsia bapa mereka, Aqil dan abang-abangnya telah diserang oleh Sang Gelap yang juga merupakan separuh manusia dan separuh robot. Kehadiran Sang Gelap turut merungkai kisah dan kebenaran yang disimpan oleh kedua abang Aqil selama ini. Apakah kisah disebalik ciptaan robotik bapa mereka dan apakah formula rahsia yang begitu penting bagi Sang Gelap?

TENTANG PENULIS

Berasal dari Taiping, Perak dan merupakan seorang pelukis komik dan pereka grafik sepenuh masa. Pernah melukis untuk Majalah Gila-Gila dan Umbra Comix. Komik solo yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah Dear Yayah The Comics, Dunia Didi, Robo Waja serta Tuah. Selain itu beliau juga terbabit dalam bidang animasi.

Mimpi Bintangku

Mimpi Bintangku
ISBN: 978 - 983 - 097- 718 - 8
Kod: BP020
Kategori: Komik
Harga: RN23.00/ RM25.00
Penulis: Abeben
Tebal: 256 ms

SINOPSIS
Komik MIMPI BINTANGKU, mengisahkan Nazmi terpaksa membuat keputusan. Adakah untuk menurut hasrat hati orang tua, atau melukakan hati mereka demi mengejar impian sendiri?
     

Bagi kebanyakan orang, semakin cemerlang keputusan akademik mereka dalam SPM, semakin mudah untuk mengejar mimpi masing-masing. 

Namun tidak bagi Nazmi. Kecemerlangannya dalam akademik membuatkan cita-cita Nazmi semakin sukar digapai dan dicapai. Dia ingin menyambung pelajaran dalam bidang seni bagi mengejar impian menjadi seorang pelukis komik, namun cita-citanya itu tidak mendapat restu ibu bapanya. Mereka mahu Nazmi menerima tajaan biasiswa National Heritage dan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang kejuruteraan.


TENTANG PENULIS

Abeben berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dan sedang menuntut di United Kingdom dalam bidang Mechanical Engineering with Advanced Design and Innovation. Merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa buah komik. Antara tajuk-tajuk yang dihasilkan oleh beliau adalah Lukisan Tarbiah Sentap 1, Lukisan Tarbiah 2: Refleksi, Aku, Engkau Dan Alif, Aku, Engkau Dan Alif 2: After Story dan Badai 1 – 5.

Cukuplah Allah Bagiku

Cukuplah Allah Bagiku
ISBN: 978-983-097-720-1
Penulis: The Bingkisan Hati
Kod: GB0492
Tebal: 144 ms
Harga: RM20.00/ RM22.00

SINOPSIS
Buku CUKUPLAH ALLAH BAGIKU dikarang oleh empunya nama pena thebingkisanhati adalah buku kedua beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. 

Buku ini menyentuh mengenai kehidupan kita yang terlalu banyak cabang yang harus kita pilih. Kadang-kadang sengaja Allah biarkan kita dengan keputusan dan pilihan yang salah sehingga mengheret kita ke dalam masalah kerana itu adalah takdir Allah dan kerana itulah juga yang bernama ujian.

Maka apa saja pilihan yang telah kita buat, episod hidup yang telah kita jalani, peristiwa yang telah kita lalui, jangan pernah menyesal. Di sebalik episod kehidupan yang telah kita lalui, ada sesuatu yang perlu kita pelajari. Agar hari yang mendatang, kita tak akan ulangi kesilapan yang sama.

Buku bertajuk Cukuplah Allah Bagiku merupakan coretan, monolog serta puisi yang tulus dari sanubari penulis. Beliau mengharapkan agar buku ini ada manfaat dan kebaikan yang akan diperoleh kerana kita semua sering rapuh apabila diuji juga kita semua sering terduduk saat diasak dengan duka dan gelora dunia.



Semoga ujian yang hadir bersama air mata itu bukan sebagai petanda kita lemah tetapi sebagai petanda kita sedang mengumpul kekuatan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...