.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Apr 20, 2018

Misi Bebas Hutang

Misi Bebas Hutang
ISBN: 978-983-097-735-5
Penulis: Mohd Zulkifli Shafie
Kod: GB0490
Tebal: 232 ms
Harga: RM20.00/ RM22.00

SINOPSIS
Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat.

Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri. Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya).

Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah ansuran pinjaman membeli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan hutang membeli rumah kediaman ‘impian’ yang mana jika tiada pun kita masih boleh hidup. Ia tidak seperti kos keperluan asas untuk hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Jadi sesiapa yang dapat bebas daripada hutang-hutang ini, kita terlepas daripada bebanan kewangan terbesar. Seterusnya kita bolehlah fokus mengumpul harta dan mengembangkan kekayaan.


TENTANG PENULIS
Mohd Zulkifli Shafie dilahirkan pada 1 Oktober 1980. Merupakan anak kelahiran Johor yang membesar di Kelantan. Sekarang menetap dan membina kehidupan di Selangor.


Penulis merupakan seorang Chartered Accontant yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA). Pernah bekerja sebagai Internal Auditor dalam industri insurans dan takaful di Kuala Lumpur hampir 11 tahun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...