.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Apr 11, 2018

Ibrah: Kisah-Kisah Hebat Dakwah Nabi Musa A.S.

Judul: Ibrah: Kisah-Kisah Hebat Dakwah Nabi Musa A.S.
ISBN: 978-983-097-712-6
Kod: GB 0480
Penulis: Ustaz Syaari Abdul Rahman
Tebal: 144 ms
Harga: TM20.00/ RM22.00

SINOPSIS
Mengapa kita perlu mengetahui kisah-kisah Nabi Musa a.s. dan Bani Israel? Bukankah itu semua kisah-kisah lalu yang sudah menjadi sejarah?

Tapi, adakah kita tahu bahawa satu pertiga kisah dalam al-Quran adalah kisah Nabi Musa a.s. dan umatnya, Israel? Bukankah ini suatu petanda jelas daripada Allah SWT kepada kita supaya mengenali dengan sebenar-benarnya siapa Bani Israel. 

Apakah tabiat, ciri-ciri dan matlamat mereka? Buku ini merungkai sejarah Bani Israel yang pernah ditindas lalu diselamatkan dan diberi pelbagai keistimewaan oleh Allah SWT. Namun mereka bukan sahaja tidak bersyukur, malah memusuhi nabi-nabi mereka dan Nabi Muhammad SAW serta umat Baginda.


TENTANG PENULIS:
Ustaz Syaari Abdul Rahman merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pernah dijemput sebagai tetamu jemputan dalam beberapa rancangan televisyen; Salam Muslim di Astro Oasis, Assalamualaikum di TV Al-Hijrah juga merupakan panel tetap selama empat tahun dari 2012 hingga 2016 di segmen Ibrah radio IKIM.fm. IBRAH: Kisah-kisah Hebat Dakwah Nabi Musa a.s. merupakan buku pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...