.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Mar 30, 2018

Oh, My Students!

Judul: Oh, My Students!
ISBN: 978-983-097-708-9
Penulis: Liza Suhana Ramli
Kod: GB0481
Tebal: 132 ms
Harga: RM15.00/ RM17.00

SINOPSIS

Naskhah ini bukan saja perlu dimiliki oleh pelajar, pensyarah atau guru, ia juga sesuai dibaca oleh sesiapa saja yang sedang berusaha mahu memperbaiki diri.

Leteran jika dizahirkan dengan suara, kadang memekakkan telinga. Tapi coretan ini berjaya menukarkan leteran menjadi ‘sesuatu’ yang perlahan-lahan mampu meresap masuk ke dalam jiwa. 


Sungguh ini bukan coretan kosong. Ada inti. Paksinya realiti yang menjentik hati.

Bahkan kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada para remaja dalam menghadapi situasi belajar dan cabaran berdikari di Institusi Pengajian Tinggi. Bagi yang bergelar siswa-siswi, semestinya pernah dan akan mengharungi salah satu atau beberapa situasi seperti dalam kisah-kisah yang diceritakan ini. Nilaikan pengajarannya dan buatlah keputusan mengikut pertimbangan yang wajar dalam menangani apa jua cabaran mendatang.


Manakala buat para pendidik, ini bukan hanya cerita saya. Ini cerita kita. Seharusnya kita tidak hanya melunaskan tanggungjawab menghabiskan silibus semata-mata tapi juga turut mendidik dengan jiwa.

Buku ini mengajak para pendidik meletakkan ‘mindset’ betapa perlunya panduan agama dalam membantu menangani isu-isu pelajar. Zaman remaja adalah zaman ‘try and error’. Mereka sedang belajar sambil ‘belajar’. Dekati dan bimbing mereka mengikut ajaran Islam yang sudah jelas terbukti dapat memandu ke arah kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga kalam kita berbekas di jiwa mereka.


Dan tatkala anak-anak sedang ‘bergelut’ dengan dunia mereka, para ibu bapa pula  harus berperanan sebagai pendengar dan penasihat yang baik. Usah biarkan mereka terkapai-kapai sendirian kerana beranggapan mereka sudah cukup matang untuk mengurus kehidupan. Percayalah! Saat ini anak-anak remaja kita lebih memerlukan sokongan dan tunjuk ajar agar tidak tersalah memilih jalan yang menjadi penentu masa depan.

Mar 20, 2018

Syarah Matan Tuhfah Al-Athfal

Syarah Matan Tuhfah Al-Athfal
ISBN: 978-983-097-702-7
Kod: GB 0476
Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany
Tebal: 104 ms
Harga: RM 18.00/ RM 20.00



SINOPSIS
Buku ini menjelaskan hukum hakam ilmu Tajwid melalui bait-bait syair indah yang disusun oleh Syeikh Sulaiman al-Jamzuri.

Syair yang mengandungi 61 bait ini mengumpulkan hukum hakam ilmu Tajwid bermula dengan hukum Nun Mati dan Tanwin, hukum Nun dan Mim yang Bersabdu, hukum Mim Sakinah, hukum Lam Ta’rif dan Lam Fi’il, hukum Idgham Mislain, Mutaqaribain dan Mutajanisain serta pembahagian Mad.

Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany mensyarahkan syair ini dengan ringkas, mudah, berwarna dan berjadual serta contoh-contoh yang jelas supaya pembaca dapat memahami hukum hakam ini dengan sempurna.


TENTANG PENULIS

Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany merupakan penceramah bertauliah yang aktif menyampaikan kuliah dan ceramah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Juga merupakan pengerusi Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab-kitab turats di Hulu Selangor. Syarah Matan Tuhfah Al-Athfal ini merupakan karya keenam beliau yang diterbitkan Galeri Ilmu Sdn. Bhd selepas Solat Jemaah: Panduan Imam & Makmum, Bacaan Al-Fatihah Yang Sempurna, Tinta Tarbawi, Hayatus Sahabah: 20 Kisah Sahabat dan Hayatus Sahabah 2: 20 Pemuda Wira Rasulullah.

Mar 16, 2018

Keris Long Leh

Judul: Keris Long Leh
ISBN: 978 - 983 - 097- 705 – 8
Kategori: Fiksyen
Penulis: Syauqie MK
Kod: BP017
Tebal: 248 ms
Harga: RM17/19



SINOPSIS

Novel KERIS LONG LEH mengisahkan Aminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip novel. 

Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin terlupa.

Sejak malam itu pelbagai perkara pelik telah terjadi. Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati. Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.


Gangguan datang silih berganti. Hidupnya mulai kacau. Keris pusaka tak bertuan menjadi rebutan. Nyawanya kini terancam!

Beliau sedar waris sebenar perlu dicari bagi merungkai misteri yang menyelubunginya dan semua ini terjadi sejak dia meminjam keris daripada pak longnya itu. Adakah semua yang berlaku ini disebabkan keris tersebut dan apa ada dengan keris Long Leh itu?

TENTANG PENULIS:

SYAUQIE MK berasal dari Pendang, Kedah - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Beliau cenderung kepada genre thriller dan judul 'TERORIS, AKU BUKAN TERORIS adalah karya pertama terbitan 2016. Beliau seterusnya terlibat dalam komplot penulis untuk menghasilkan novelet ‘KRISIS1: Lari Manap Lari’ pada tahun 2017. Penulis juga turut menyumbang dalam projek anekdot novel komedi-santai dan kritis bersama tiga penulis lain dalam ‘GENG BUDAK SENGAL’ dan ‘MANA TUNANG AKU’.

Mar 15, 2018

Hidup Dalam Sunnah

Judul: Hidup Dalam Sunnah
ISBN: 978-983-097-695-2
Kod: GB 0475
Kategori: Agama
Tebal: 136 ms
Harga: RM15/17
Percetakan: warna



SINOPSIS

Buku ini menghimpunkan beberapa sunnah Nabi Muhammad SAW sehari-hari yang mesti kita contohi. Bermula dari bangun tidur, membersihkan dan menghias diri, cara berpakaian, cara duduk, cara makan sehinggakan cara bergaul dengan sahabat dan juga isteri.

Disertakan gambar dan didatangkan hadis yang menjelaskan sunnah Baginda SAW.

Semoga ia mampu menarik pembaca untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan seharian sebagai bukti cinta dan iman kepada Rasulullah SAW.


KANDUNGAN
1.      Muqaddimah
2.      Bangun Tidur
3.      Mandi
4.      Membersih Gigi
5.      Masuk Tandas
6.      Keluar Tandas
7.      Memakai Pakaian
8.      Rambut
9.      Bercelak
10.  Perhiasan
11.  Serban
12.  Wangi-Wangian
13.  Sepatu
14.  Memberi Salam Ketika Memasuki Rumah
15.  Makan Dan Minum
16.  Ucapan Keluar Dari Rumah
17.  Doa Musafir
18.  Gaya Ucapan
19.  Cara Duduk
20.  Qailulah
21.  Berbekam
22.  Rasulullah SAW Berbicara Hal Keduniaan Bersama Para Sahabat
23.  Bergurau Senda Dengan Isteri
24.  Tidur

TENTANG PENULIS

Haji Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi berasal dari Kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis. Merupakan Pengasas Kompleks Islam Dar al-Faizin (KIDAF) merangkap Mudir di Maahad Darul Faizin, Madrasah Mahmudiyah, Arau dan Pra-Tahfiz al-Fateh, Sungai Duri, Pulau Pinang. Kini menjadi pendakwah bebas sepenuh masa yang aktif berdakwah ke seluruh tanah air. Pernah menjadi pengacara rancangan Ayat Riwayat (TV Al-Hijrah), pengisi slot Mujahadah Ramadhan (TV Al-Hijrah) dan Tanyalah Ustaz (TV9). Hidup Dalam Sunnah adalah karya kedua beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selepas Amalan Mengangkat Darjat.

Mar 14, 2018

Diakah Jodohku?


Judul: Diakah Jodohku?
ISBN: 978-983-097-707-2
Penulis: Rohamiah Muda
Kategori: Motivasi
Kod: GB0479
Tebal: 184 ms
Harga: RM20/22

SINOPSIS

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri … bait lagu yang biasa kita dengar. Ya itulah gambaran yang sebenar mengenai suami isteri. 

Namun, dalam masalah rumah tangga, bukan silap suami dan bukan isteri yang betul. Kedua-dua pihak ada khilaf dan salah.

Bukanlah namanya perkahwinan jika rumah tangga sentiasa aman. Tetapi, kitalah sebagai insan yang diberi akal, berfikirlah secara tenang.

Daripada sini, tercetus idea untuk penulis menghasilkan sebuah karya berkaitan kehidupan rumah tangga. Sebahagian daripada kisah di dalam buku ini adalah pengalaman penulis sendiri dan pengalaman orang di sekelilingnya yang berhadapan dengan dilema wanita yang bergelar isteri.

Selain itu, dalam buku ini juga, penulis memberi sedikit suntikan kata-kata motivasi sebagai vitamin dalam mengharungi gelombang dalam kehidupan berumah tangga. Semoga buku ini menjadi panduan dan rujukan kepada pembaca seisi keluarga.



ISI KANDUNGAN:
1.      Ketaatan Seorang Isteri                                 
2.      Hati Seorang Isteri
3.      Romantik Hingga ke Syurga
4.      Mencari Cinta Halal
5.      Couple Selepas Nikah
6.      Di Manakah Bahagia?
7.      Hakikat Hidup Berumah Tangga
8.      Bahagia Tanpa Couple
9.      Nafkah Yang Dilupakan
10.  Akhirnya Mereka Berpisah
11.  Cemerlang Kerana Berkahwin
12.  Kisah Poligami
13.  Ibu Mentuaku
14.  Pilih Jodoh
15.  Suami Sebagai ‘Ar-Rijaal’
16.  Perkahwinan Anugerah Allah
17.  Bantu Pasangan Untuk Ke Syurga
18.  Terima Pasangan Seadanya
19.  Hadiah Buat Pasangan
20.  Sikap Suami Isteri
21.  Pasangan Hujung Minggu
22.  Fitrah Hidup Berpasangan
23.  Hargai Pasangan
24.  Harga Sebuah Perkahwinan
25.  Beri Layanan Yang Terbaik Buat Isteri
26.  Apabila Pasangan Telah Pergi
27.  Ego Seorang Lelaki
28.  Pasangan Kita Lebih Tahu
29.  Apabila Lidah Tergigit Berkali-kali

TENTANG PENULIS
Rohamiah Muda, seorang anak kelahiran dari Kuala Terengganu. Penulis merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dari Universiti Malaya.
Sekarang sedang bertugas sebagai seorang pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 17 tahun. Penulis juga terlibat secara langsung dalam bidang pruf buku dan penerbitan di Institusi Pengajian Tinggi.
Meminati bidang penulisan buku sejak tahun 2015. Telah berjaya menerbitkan enam buah buku antologi bersama penulis lain. Beberapa karya juga telah berjaya diterbitkan di majalah. Buku Diakah Jodohku? adalah buku pertama penulis.

Ibu kepada tujuh orang anak, juga bergiat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan seperti menghadiri seminar, bengkel dan juga menyampaikan ceramah motivasi.

Mar 12, 2018

Nota Haji & Umrah

Judul: Nota Haji & Umrah
ISBN: 978-983-097-699-0
Kategori: Agama
Penulis: Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar
Kod: GB 0474
Tebal: 224 ms
Harga: RM20/22




SINOPSIS
Hasrat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bukanlah suatu yang mudah dilaksanakan. 

Hasrat murni ini perlu diterjemahkan dengan usaha mempelajari ilmu-ilmu agama, usaha mencari rezeki yang halalan thoyyiban (halal lagi baik) dan juga menabung dengan niat untuk menyempurnakan manasik haji dan umrah.

Buku ini tampil membantu bakal jemaah haji dan umrah untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkara-perkara berkaitan ibadah haji dan umrah agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya menghasilkan umrah dan haji yang mabrur.


KANDUNGAN
·        Langkah Menuju Jihad
·        Rezeki Makkah, Rezeki Syubhah
·        Tunai Haji dengan Duit Hutang?
·        Check-in Manasik
·        Amalan-amalan Utama Ketika di Tanah Suci
·        Pakaian Ihram Selain Warna Putih
·        Apakah Pengertian Ihram?
·        Bilakah Perlu Berniat Haji?
·        Apa Ada Pada Miqat?
·        Sahkah Haji dan Umrah Tanpa Miqat?
·        Tidak Sempat Wukuf – Apakah Hukumnya?
·        Mabit: Penghayatan Ibadah
·        Aktiviti Sewaktu Wukuf
·        Melontar Jamrah
·        Bolehkah Bawa Batu Dari Rumah?
·        Mina di antara Dua Nafar?
·        Bagaimana Tawaf Yang Betul?
·        Afdhalkah solat di Mataf?
·        Tawaf Tanpa Sa‘i
·        Memahami Tertib Dalam Manasik
·        Berlari dalam Manasik - Berlari Ibadah
·        Sahkah Manasik Tanpa Bergunting atau Bercukur?
·        Masalah Manasik Wanita
·        Lupa Dalam Manasik
·        Denda Langgar Peraturan Manasik?
·        Dam Tertib dan Dam Takhyir
·        Kekalkah Amalan Mabrur Selepas Tunai Haji?
·        Haji Anak Kecil
·        Sahkah Solat di atas Kaabah?
·        Solat dalam Manasik Haji
·        Masjidil Aqsa dan Penerus Kemabruran
·        Bilakah Madinah al-Munawwarah Bergelar Tanah Haram?

TENTANG PENULIS

Ustaz Mohammad Hasnil Abu Bakar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir. Menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya. Mempunyai pengalaman sebagai guru dan pensyarah program mewakili Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga Tabung Haji. Pendakwah bebas dan sering menyampaikan kuliah dan ceramah mengenai pengurusan haji dan umrah juga selaku pembimbing jemaah haji dan umrah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...