.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Aug 29, 2017

Penawar Kehidupan

Judul: Penawar Kehidupan
Penulis: Fazimah Hayati,  Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-672-3
Tebal : 228 ms
Harga: RM20/RM22

Sinopsis

Penawar Kehidupan mengisahkan betapa manusia sentiasa diuji dan bagaimana manusia membuat pilihan bagi mencari jalan keluar. Ada yang semakin jauh tersasar dari Pencipta. Jalan lurus diketepikan. Mereka memilih laluan sukar kerana tidak mahu berfikir.

Bagaimana manusia jahil boleh terjebak ke lembah maksiat dan melakukan syirik dan khurafat? Biar setinggi mana pun pelajaran, jika tanpa pertimbangan akal dan iman, seseorang itu akan mudah diseret syaitan untuk mengingkari perintah agama.

Alhamdulillah, Di hujung jalan ramai yang berjumpa sesuatu bersifat abadi dan sejati.

Penawar Kehidupan mengajak manusia berfikir sejenak. Barangkali ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Ada akal perlu digunakan.

PETIKAN

BAB 15

Kami duduk di samping Wak Mie dan mula menceritakan hajat dan masalah masing-masing. Wak Mie mengambil sebiji mangkuk berisi air lalu menghiris beberapa kepingan limau purut dan dimasukkan ke dalam air tersebut. Setelah beberapa ketika Wak Mie mula mengupas tilikannya. Kami berdua sama-sama telah disihir dan sekiranya sihir tersebut tidak dikeluarkan akan memudaratkan kami. Wak Mie kemudiannya memandang tepat wajah kami dan bertanya sama ada kami mahu mengeluarkan sihir tersebut.

Kami berpandangan antara satu sama lain dan serentak menjawab “Ya, Wak.” Wak Mie mengambil dua helai kertas dan menulis sesuatu di atasnya, sehelai kertas itu

dihulurkan kepada Shila dan satu lagi kepadaku. Aku berasa agak bingung dan terus bertanya apakah maksud nombor-nombor di atas kertas itu. Wak Mie menerangkan itulah kos yang perlu dibayar untuk mengeluarkan sihir. Sekali lagi kami berdua bertentang mata. Pada kertas itu tertulis RM3000 seorang.

Wak Mie membuka pintu belakang bilik tersebut dan meletakkan hirisan limau di depan pintu. Sambil memegang sebiji tempurung kelapa yang dialas kain hitam, beliau memanggil dan kemudiaannya bercakap-cakap dengan seseorang yang kami tidak nampak mahupun dengar.

“Khadam dia ke?” aku berbisik kepada Shila.


Shila menjawab, “Jangan risau, tu jin Islam.” Di saat itu dapat kurasakan bulu romaku meremang. Tiba-tiba terdengar dua benda jatuh ke dalam tempurung kelapa. Wak Mie menunjukkan sebilah keris kecil serta besi berbentuk dua mata yang menurutnya barang sihir yang telah dimasukkan ke dalam badan kami dan menyebabkan kami sakit. Aku hanya dapat merenung dengan mulut yang terbuka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...