.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Aug 29, 2017

Kiamat Hampir Tiba

Judul: Kiamat Hampir Tiba
Penulis: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Kategori: Fardu Ain
Isbn: 978-983-097-671-6
Kod: Gb 0443
Tebal: 272 M/S
Harga: Rm 20.00/ 22.00










SINOPSIS: 

Buku   ini   terbahagi   kepada   dua   bahagian:   

> Bahagian   PERTAMA membawakan lebih   40 hadis  yang  menyebut   tentang  tanda-tanda kecilkiamat yang sudah banyak kelihatan dan berlaku pada akhir zaman ini.

Pembukuan 40 hadis akhir zaman ini bukanlah untuk menakutkan bahkania bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan sebagai panduan juga harapan   agar   kita   berada   di   jalan   yang   benar.  

Antara   isu   yang dibincangkan   ialah:   Golongan   anti   hadis,   Bahaya   kemewahan,   Budaya rasuah berleluasa, Peperangan demi peperangan dan  Bermegah-megahdengan bangunan masjid.


> Manakala   Bahagian   KEDUA pula   memaparkan   kronologi   kejadian   hari kiamat   daripada   sebelum   kemunculan   Dajjal   sehingga   ia   muncul   dan dibunuh.


Juga huraian peristiwa-peritiwa lain yang akan berlaku setelah kematiannya sehingga berlakunya hari kiamat.

Tepi Kain

Judul: Tepi Kain       
Penulis: Izawati Eni
Isbn:   978-983-097- 670 - 9
Kod: Bp 00014
Harga: Rm 18
Tebal:   Ms  248
Kategori: Puris

FLASHER: 
Jangan suka intai-intai, nanti hati yang berkecai.
Jangan suka tuduh melulu, nanti diri yang malu!


FLAP KIRI:
Jangan perasan orang sibuk cerita hal kita, SEBAB kita sendiri yang meyibukkan orang untuk bercerita hal kita.


COVER BELAKANG:
Kain yang sama dijadikan pakaian yang sama dengan saiz yang sama,
Apabila dipakai orang yang BERBEZA,
Tetap TIDAK SAMA.



SINOPSIS:

Buku PURIS dengan tajuk TEPI KAIN, tulisan IZAWATI ENI ini merupakan artikel-artikel yang terdiri daripada kritikan sosial terutamanya yang berlegar dalam masyarakat Melayu ketika ini. Bagi masyarakat Melayu, tepi kain ini sungguh simbolik. Ibaratnya tepi kain ini bagaikan maruah. Tepi kain sangat dekat dengan si pemakai, apabila ada yang cuba menyentuh tepi kain pasti akan ada yang kena silat.

Peribahasa, “Jangan Jaga Tepi Kain Orang,” merujuk kepada jangan terlalu sibuk dengan perihal atau urusan orang lain! Sibuk dengan mengintai urusan orang yang tiada kena mengena dengan dirinya. Selepas itu, sibuk pula menjadi batu api atau menjadi tukang cerita dengan membuka aib orang!


Kini, peribahasa “Jangan Jaga Tepi Kain Orang” sudah tidak relevan lagi. Cuba bayangkan, pada suatu malam kita terlihat ada penyamun yang ingin menyamun rumah jiran, kita pun berkata, “Ah, jangan jaga tepi kain orang! Rumah dia kena samun bukan urusan aku,  asalkan bukan rumah aku yang kena samun.” Macam ada betulnya juga ‘kan? Patutkah kita jaga tepi kain orang atau jangan jaga tepi kain orang? Untuk mencari jawapan, teruskan membaca naskah ini hingga ke titik yang TERAKHIR!

Penawar Kehidupan

Judul: Penawar Kehidupan
Penulis: Fazimah Hayati,  Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-672-3
Tebal : 228 ms
Harga: RM20/RM22

Sinopsis

Penawar Kehidupan mengisahkan betapa manusia sentiasa diuji dan bagaimana manusia membuat pilihan bagi mencari jalan keluar. Ada yang semakin jauh tersasar dari Pencipta. Jalan lurus diketepikan. Mereka memilih laluan sukar kerana tidak mahu berfikir.

Bagaimana manusia jahil boleh terjebak ke lembah maksiat dan melakukan syirik dan khurafat? Biar setinggi mana pun pelajaran, jika tanpa pertimbangan akal dan iman, seseorang itu akan mudah diseret syaitan untuk mengingkari perintah agama.

Alhamdulillah, Di hujung jalan ramai yang berjumpa sesuatu bersifat abadi dan sejati.

Penawar Kehidupan mengajak manusia berfikir sejenak. Barangkali ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Ada akal perlu digunakan.

PETIKAN

BAB 15

Kami duduk di samping Wak Mie dan mula menceritakan hajat dan masalah masing-masing. Wak Mie mengambil sebiji mangkuk berisi air lalu menghiris beberapa kepingan limau purut dan dimasukkan ke dalam air tersebut. Setelah beberapa ketika Wak Mie mula mengupas tilikannya. Kami berdua sama-sama telah disihir dan sekiranya sihir tersebut tidak dikeluarkan akan memudaratkan kami. Wak Mie kemudiannya memandang tepat wajah kami dan bertanya sama ada kami mahu mengeluarkan sihir tersebut.

Kami berpandangan antara satu sama lain dan serentak menjawab “Ya, Wak.” Wak Mie mengambil dua helai kertas dan menulis sesuatu di atasnya, sehelai kertas itu

dihulurkan kepada Shila dan satu lagi kepadaku. Aku berasa agak bingung dan terus bertanya apakah maksud nombor-nombor di atas kertas itu. Wak Mie menerangkan itulah kos yang perlu dibayar untuk mengeluarkan sihir. Sekali lagi kami berdua bertentang mata. Pada kertas itu tertulis RM3000 seorang.

Wak Mie membuka pintu belakang bilik tersebut dan meletakkan hirisan limau di depan pintu. Sambil memegang sebiji tempurung kelapa yang dialas kain hitam, beliau memanggil dan kemudiaannya bercakap-cakap dengan seseorang yang kami tidak nampak mahupun dengar.

“Khadam dia ke?” aku berbisik kepada Shila.


Shila menjawab, “Jangan risau, tu jin Islam.” Di saat itu dapat kurasakan bulu romaku meremang. Tiba-tiba terdengar dua benda jatuh ke dalam tempurung kelapa. Wak Mie menunjukkan sebilah keris kecil serta besi berbentuk dua mata yang menurutnya barang sihir yang telah dimasukkan ke dalam badan kami dan menyebabkan kami sakit. Aku hanya dapat merenung dengan mulut yang terbuka.

Throwback

Judul: Throwback
Pujuklah Hati 5
Penulis: Bonda Nor
ISBN: 978-983-097-673-0
HARGA: RM25.00
TEBAL: 200 ms


Flasher: Sesekali menoleh ke belakang seharusnya menjadikan kau lebih matang.

Sinopsis

Kata orang …
“Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past. Yelah … Buat apa nak fikir tentang perkara yang sudah lepas.
Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus!

Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors.

Untuk apa? Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati.

Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap ada gunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita. Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya!

Misalnya bagi saya sendiri. Mengingati perkara yang pernah terjadi, buat saya lebih mudah memahami situasi hari ini. Lebih mudah mengendalikan hati agar lebih matang dan bertenang-tenang dengan pelbagai kerenah orang.



Saat terimbas kenangan, jadilah si pintar yang mahu belajar. Jadilah si akur yang tahu bersyukur.

 MUQADDIMAH
  
Sabda Rasulullah SAW: 
1)                  Orang yang lebih baik daripada semalam, adalah orang yang beruntung. 
2) Orang yang sama saja macam semalam, adalah orang yang rugi.
3) Orang yang lebih buruk daripada semalam, adalah orang yang celaka. 

Baik, sekali lagi ... mari kita tanya sama hati. 
'Apa khabar semalam kita? Lebih baik, lebih buruk atau sama sahaja?' 
'Adakah kita tergolong dalam kumpulan manusia yang untung, atau rugi atau celaka?'  Jawapannya tertakluk kepada persepsi kita sendiri. 

Mari kita pilih untuk menjadi lebih positif.  Semalam, mungkin terlalu banyak ujian berbentuk musibah yang kita terpaksa hadapi. Jangan pandangnya sebagai suatu kerugian. Pandangnya sebagai satu pertambahan ilmu. Tak kena, mana kita tahu, kan? Pandangnya sebagai pertambahan pengalaman. Dah kena, baru kita mengerti selok-belok kehidupan. Bahkan daripada musibah itu, mungkin ada dosa kita yang telah dihapuskan. Mungkin juga darjat iman kita telah ditingkatkan. Maka, bersyukur!

Semalam, mungkin kita telah kehilangan seseorang yang tersayang. Jangan pandangnya sebagai satu kerugian. Pandangnya sebagai satu cara yang telah Allah atur untuk membuat kita lebih dekat dengan Dia dan tidak hanya bergantung kepada kasih sayang manusia. Dalam kubur nanti, kita seorang diri. Di akhirat nanti juga tiada siapa yang akan setia memperjuangkan kita lagi. Kita terpaksa melalui segala-galanya sendiri. Maka, berlatih! 

Kawan, apabila kita jujur kepada diri kita sendiri, tentu kita terpaksa akui yang kita juga ada banyak melakukan kesilapan. Ada sesetengah perkara yang kita buat dahulu, hari ini kita sendiri terpaksa tunduk akur dan tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Ya, manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Dan kita manusia. Akui saja kelemahan kita dan sedia untuk memperbetulkannya. Orang lain juga manusia. Maka berlapang dadalah untuk menerima apa juga kesilapan dan kelemahan mereka. Kita mahu berubah menjadi lebih baik. Doakan orang lain juga menjadi lebih baik. 


Come on! Semalam sudahpun berarak pergi dan esok sedang menanti. Meskipun sesekali menjeling ke belakang dan menumpu pada apa yang ada di hadapan, pastikan kita mampu fokus pada apa yang kita boleh lakukan pada hari ini. Selamat menelusuri Throwback – Pujuklah Hati 5. Semoga kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...