.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 29, 2013

Seraut Kata Selaut Rasa


AKAN TERBIT
GB0213: SERAUT KATA SELAUT RASA 
Pengarang : Pahrol Mohamad Juoi
ISBN : 978-983-097-429-3
Harga : W/M:RM16.00 E/M:RM18.00

Untaian kata-kata ada kalanya sangat mengugah jiwa. Jika tepat masa dan maknanya, ia adalah penawar yang sangat mujarab untuk hati yang lelah. Hati yang mengamuk terpujuk menjadi sejuk. Seraut Kata Selaut Rasa...satu tulisan kecil daripada penulis yang bercita-cita besar untuk membawa diri sendiri dan masyarakat agar lebih hampir kepada Allah - sumber segala ketenangan kebahagiaan dan kejayaan.

Pahrol Mohamad Juoi seorang penulis, kolumnis majalah, editor, pencipta lirik, penulis skrip, personaliti TV serta pengendali latihan dan motivasi. Berpengalaman sebagai wartwan, editor dan ketua editor beberapa majalah bercorak Islam. Kini menerajui Fitrah Perkasa Sdn Bhd di samping terlibat merangka modul latihan dan motivasi untuk lebih 150 badan kerajaan dan swasta.

Dairi Seorang Amil ( Zakat Mengubah Diri)


AKAN TERBIT
GB0231: DIARI SEORANG AMIL (ZAKAT MENGUBAH DIRI) 
Pengarang : Ustaz Hamizul Bin Abdul Hamid
ISBN : 978-983-097-411-8
Harga : W/M:RM23.00 E/M:RM25.00

AMIL, bukan calang-calang jawatan. Sebuah jawatan yang diberikan Allah SWT kepada golongan tertentu, yang tidak diberikan kepada semua orang. Bayangkan, sesungguhnya jawatan ini tidak pernah terlintas sedikit pun pada fikiran penulis, namun akhirnya menjadi kenyataan. Beliau sentiasa siaga menggalas tugas sebagai amil dan tetap setia kepada-Nya hingga ajal menjemput.

Ustaz Hamizul Bin Abdul Hamid dilahirkan di Lenggong, Perak, pada 10 September 1974. Berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Malaya dalam sijil pengajian Syariah dan Diploma Pengajian Syariah. Eksekutif Komunikasi Korporat di Lembaga Zakat Selangor ini seringkali dijemput menjadi imam dan khatib di seluruh masjid sekitar Selangor, serta panel dan penceramah khusus berkaitan zakat kepada kakitangan agensi kerajaan dan swasta. Beliau turut aktif bergiat dalam dunia penulisan khususnya berkaitan zakat.

Inspirasi Hudhud 1


AKAN TERBIT
GB0251: INSPIRASI HUDHUD 1
Penulis : Dr. Shukri Abdullah ( Pakar Motivasi dan Strategi Belajar)
ISBN : 978-983-097-431-6
Harga : W/M:RM20.00 E/M:RM22.00

Inpirasi Hudhud 1 memaparkan 101 kisah motivasi yang ringkas, padat dan sarat dengan pengajaran. Setiap kisah yang dimuatkan mampu meninggalkan impak yang besar kepada pembaca. Buku ini merupakan santapan rohani yang amat sesuai dijadikan bacaan santai di rumah atau di mana sahaja. Ya, luangkan hanya LIMA MINIT untuk menghadam setiap satu kisah!

Mar 27, 2013

Ikan Di Laut Asam Di Darat


GB0244 : IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT 
Pengarang : CHEF ADU AMRAN
Tebal : 184 m/s
ISBN : 978-983-097-425-5
Harga : W/M RM 30.00; E/M RM 32.00

IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT ialah sebuah catatan perjalanan kulinari Chef Adu Amran. Ia terbahagi kepada 6 segmen :-

1- Sajian Nasi

2- Sajian Lauk-Pauk

3-Hidangan Sup, Snek, Sampingan dan Pembuka Selera

4- Pemanis Mulut

5- Hidangan Minuman

6- Resepi Bonus : Kaldu

Keseluruhannya mengandungi 61 resepi kreatif Chef Adu Amran. Tip dan ilmu masakan turut diberikan.

Sentuhan seni Chef Adu Amran bukan sahaja pada resepi dan hasil masakannya yang 'first class', tetapi juga pada penulisannya. Terkenal dalam menghasilkan masakan 'fusion', Chef Adu Amran amat menghargai nilai dan budaya masyarakat Malaysia. Justeru selain resepi penulis turut mengadunkan seni pantun dan peribahasa indah di dalam IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT.

Sahaja Aku Mencintai-Mu


GB0240 : SAHAJA AKU MENCINTAI-MU
Pengarang : Ajwad Amal
Tebal : 216 ms
ISBN : 978-983-097-405-7
Harga : W/M:RM30.00 E/M:RM32.

Buku ini adalah sebuah karya yang sarat dengan cerita-cerita menarik bagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Semua kisah dan pengajaran itu berkisar pada perjalanan hidup yang ditempuh oleh penulis. Semestinya ia akan menambah kecintaan kita kepada Allah, meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi insan yang baik dan menambah kerinduan kita untuk mengejar syurga-Nya!

"Kalau Ameer boleh buat kamehameha, Ameer hendak tembak tangki air itu!" Sambil tangannya menuding ke arah sebuah tangki air yang tinggi di sebelah stesen minyak.

Saya memandangnya dan hanya tersenyum. Kali ini saya tidak berminat untuk berkata apa-apa. Sekadar tercuit hati dengan telatah Ameer. Teringat pula pada zaman kanak-kanak saya dulu. Zaman bermain yang paling menyeronokkan! Ameer yang sedang bersemangat menembak kamehame hanya ke arah tangki air, tiba-tiba menunduk dan kelihatan bersedih.

Saya hairan melihat perubahan riak wajahnya.

"Betullah. Apabila kita ada kuasa, rasa asyik hendak buat jahat sahaja," katanya.

Saya tersentak. Saya memandang Ameer dengan perasaan terkejut. Bagaimana ayat itu boleh keluar dari mulutnya? Hairan! Tidak disangka kisah ini ada sambungannya. Yang lebih mengujakan, pengajaran ini saya dapat daripada seorang budak darjah dua!

Anekdot Madinah : Benar Dia Maha Mendengar


GB0247 : ANEKDOT MADINAH: BENAR DIA MAHA MENDENGAR 
Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim
Tebal : 400 ms
ISBN : 978-983-097-404-0
Harga : W/M:RM45.00 E/M:RM47.00 S/S

Buku ini adalah karya kedua Prof Muhd Kamil Ibrahim (MKI) bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd . Tampil dengan gaya bahasa yang mudah, namun pengisiannya amat mendalam.

Bertugas di Universiti Taibah sebagai Profesor Perakaunan, dan bermukim di bumi Madinah, Prof Kamil bijak mengadun latar Madinah dalam sisi hidupnya sebagai hamba Allah.

Seperti biasa, MKI menulis dari hati, maka setiap kisah yang dipaparkan pasti akan jatuh ke hati pembaca. Bumi Madinah sememangnya tidak asing bagi umat Islam, namun MKI memerikannya dari sudut yang berbeza dan wajar direnungi bersama!



Kisah Orang Kaunter


GB0230 : KISAH ORANG KAUNTER
Pengarang : Rafi Haruman
ISBN : 978-983-097-414-9
Harga : W/M:RM16.00 E/M:RM18.00

Sudah tercatat dalam lomhafuz, sejak zaman kanak-kanak, ke alam persekolahan dan sehingga memasuki alam pekerjaan dia tidak dapat lari daripada kaunter. Sudah rezekinya di meja kaku itu. Dari suatu kuanter ke kaunter lain, pelbagai kisah dan pengalaman menarik yang telah dikutip. Kisah-kisahnya menarik, amat sarat dengan mesej dan teladan serta tidak sepi daripada humor dan nilai-nilai tarbiah.

Kisah orang kaunter adalah perkongsian kecil sebuah perasaan, bagaimana perhubungan kita dengan masyarakat, juga sebagai wadah dalam kita memahami apa yang sepatutnya kita lakukan sekiranya berlaku konflik dalam sesuatu komunikasi.

Mrs : Novelist


GB0239 : MRS. NOVELIST 
Pengarang : Dissa Azmin
ISBN : 978-983-097-397-5
Harga : W/M:RM15.00 E/M:RM17.00

Ibu, suri rumah tangga yang bercita-cita mahu menjadi novelis. Ibu tetapkan hati biarpun minatnya kurang mendapat sokongan Muiz, Lili dan Muaz. Nawaitu murni, kesungguhan dan kegigihan ibu membuka mata hati mereka. Demi mencapai impian ibu, mereka sanggup tempuhi segalanya. Hinggakan hasrat Muiz sendiri terlepas daripada gengaman. Sampai saat itu, ibu pula terduduk dan tidak berdaya lagi melalui halangan. Berjayakah Muiz, Lili dan Muaz dalam merealisasikan misi buku pertama ibu? Berkubur begitu sahajakah impian Muiz untuk bergelar bintang ragbi?

Mar 25, 2013

Relasi


GB0235 : RELASI
Pengarang : Hilal Asyraf
Tebal : 248 m/s
ISBN : 978-983-097-421-7
Harga : W/M:RM15.00 E/M:RM17.00

Saifullah mencari-cari seseorang yang oleh digelar sahabat. Jalinan ukhuwah antara Saifullah dan senior yang amat rapat tiba-tiba terlerai. Insiden dengan 5 Paksi Kejahatan dan Senior memadamkan nama Senior sebagai sahabatnya. Konflik dalam memerangi anasir negatif 5 Paksi Kejahatan mencapai pada satu kemuncak yang tidak terjangga oleh akal.

Berjayakah Saifullah berhadapan dengan 5 Paksi Kejahatan tanpa Senior? Apakah hubungan Senior dengan Amiri, Abbas dan Atikah? Adakah dengan darah dapat menumbangkan 5 Paksi Kejahatan? dan siapakah sebenar-benarnya yang layak digelar 'sahabat'?

Ikuti kisah ini hanya di dalam RELASI.




Mar 19, 2013

Langit ILAHI (EDISI ISTIMEWA)


GB0210 : LANGIT ILAHI (EDISI ISTIMEWA) 
Pengarang : Hilal Asraf
ISBN : 978-983-097-389-8
Harga : W/M:RM65.00 E/M:RM67.00

Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah dan perkongsian saat santai bersama rakan. Melalui Edisi Istimewa Langit Ilahi, penulis menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia.

Kembara Hamba Mencari Cahaya ... menekankan persoalan dunia sebagai ladang akhirat dan menjawab persoalan bagaimana hendak bergerak membina kehidupan sebagai hamba.

Fanzuru: Maka Lihatlah ...satu perkongsian pengalaman, yang mengajak kepada disiplin hidup yang mapan, dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah, dan perkongsian saat santai bersama rakan. Melalui Edisi Istimewa Langit Ilahi, penulis bestseller Hilal Asyraf mengajak kita pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia.

Aroma Antara Benua

Klik di sini


GB0246 : Bukan Sekadar Resipi AROMA ANTARA BENUA
Penulis : ROZA ROSLAN
Tebal : 472 m/s
ISBN: 978-983-097-407-1
Harga : W/M RM 48.00, E/M RM 50.00

Buku ini bukan hanya untuk wanita. Bacalah wahai kaum lelaki untuk menyelami rasa halus hati seorang wanita. Mungkin beliau orang yang paling hampir dalam hidup kita! – Prof. Dr. Saadiah Mohamad.

Buku ini bercerita tentang hati. Ia mempunyai makna mendalam. Menyediakan makanan untuk keluarga, tetamu atau sahabat handai bermula dari hati bersih. Ia bukan dengan kata semata-mata. Hati yang bersih menjadikan dapur sebagai ruang yang tidak bermasalah. – Prof. Dr. Abdul Khalil H. P. Shawkataly

Berasal dari Segamat, Johor, Roza Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan merupakan bekas pensyarah di UiTM. Kini berhijrah ke Madinah al-Munawwarah mengikut suami, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, penulis buku best-seller yang sekarang memikul tugas di Universiti Taibah Madinah.

Aroma Antara Benua, adalah kesinambungan daripada buku Bukan Sekadar Resipi yang terbit pada tahun 2012. Karya terbaharu beliau Aroma Antara Benua ini sentiasa dinanti-nanti oleh para pembaca dan peminat beliau.

Sentuhan feminin Roza Roslan dalam setiap karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar direnungkan bersama.

Mar 15, 2013

Goodbye New York

GB0234 : GOODBYE NEW YORK
Penulis : Iwan Ghazali
ISBN : 978-983-097-390-2
Harga : RM 11.00 W/M & RM 12.00 E/M

Raqy (Raqiyah) merupakan anak tunggal kepada pasangan Encik Akmal dan Puan Hazirah. Dia dilahirkan dan dibesarkan di New York. Pernah sekali sahaja Raqy dibawa pulang ke Malaysia, itupun semasa umurnya 6 tahun. Walaupun fasih berbahasa Melayu, dia enggan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda itu.

Encik Akmal berhasrat mahu membina hidup baharu bersama keluarganya di Malaysia. Raqy terpaksa akur dengan keputusan tersebut biarpun keberatan. Setibanya di Malaysia, mereka menginap di rumah saudara mereka di kampung sementara menanti urusan berkenaan selesai, Raqy berkenalan dengan Fikri sepupunya yang gemar mengusiknya.

Raqy tidak betah dengan kehidupannya barunya di kampung. Banyak perkara yang tidak disukai. Sikap Raqy yang sering membandingkan corak hidup di Malaysia dengan New York menyebabkan ramai yang tidak mahu berkawan dengannya di sekolah. Malah ia juga menjadi musuh ketat kepada sebuah kumpulan yang digelar Trio Queen.

Mar 14, 2013

Mudahnya Membuat Ban

Judul : Mudahnya Membuat Ban
Penulis :  CHEF FAIZAL NG  & JALILAH ABDULLAH
ISBN : 978-983-097-455-2
Kod : GB 0224
Harga : RM 19.00 / RM 21.00
TEBAL : 80 ms




SINOPSIS :

Rupa-rupanya tidak susah membuat ban sendiri. Sebut sahaja ban kegemaran keluarga: Sausage Roll, Mexican Ban, Ban Piza atau apa-apa ban yang popular di pasaran, hampir kesemua resipinya ada di dalam buku ini.

Hanya daripada satu adunan, pelbagai jenis ban boleh dihasilkan. Dengan mencuba dan berlatih membuat ban sendiri, anda akan mahir dengan sendirinya. Malah, berpandukan buku ini, tidak mustahil anda boleh membuka bisnes bakeri sendiri.

Tidak lengkap dengan sekadar resipi dan teknik, penulis juga menyelitkan tip-tip dan amalan doa yang seharusnya dipraktikkan dalam menyediakan juadah keluarga mahupun jika mahu berniaga. Dengan amalan-amalan ini, insya-Allah, makanan yang disediakan mendapat berkat daripada-Nya.

Mar 12, 2013

Umrah Super A

BAKAL TERBIT!
GB0228 :  UMRAH SUPER A

Penulis : Haji Zainal Haji Bujang
ISBN : 978-983-097-422-4
Harga : RM 18.00 S/M . RM 20.00 S/S

Sesuai untuk pembaca yang berhajat menunaikan umrah dan mahu menjadikan berkualiti. Buku ini mengetengahkan informasi tentang rukun, wajib dan sunat umrah dengan gaya penyampaian yang dinamik dan progresif. Membacanya memberikan kesan positif kepada akal (pemikiran), hati (kepercayaan) dan nafsu (ransangan). Turut dimuatkan sejarah tentang lokasi, tokoh dan peristiwa yang melatari ibadah umrah menyentuh hati dan memotivasikan pembaca untuk lebih yakin menunaikannya.

Haji Zainal Haji  Bujang lahir pada 10 September 1948, seorang pesara guru dan pembimbing umrah. Pengalamannya sebagai pembimbing umrah digarap dalam penulisan buku. Umrah Super A adalah karya beliau yang ketiga yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd.

DHUYUFUR - RAHMAN (Tetamu Allah)


GB0229 : DHUYUFUR - RAHMAN (Tetamu Allah)

Penulis : Ustaz Mohamad Zaki Abdul Halim
ISBN : 978-983-097-423-1
Harga : RM 24.00 S/M, RM 26.00 S/S

Adakah ibadah haji yang telah dikerjakan meninggalkan kesan positif dalam diri selepas pulang dari Makkah? Bagi yang baru berazam untuk pergi, bagaimanakah persediaan untuk menjadi tetamu Allah SWT yang benar-benar diterima oleh-Nya? Sudah cukupkah ilmu berkenaan ibadah haji sebelum, semasa dan selepasnya? Dhuyufurrahman membantu pembaca membuat persiapan dalam segala aspek agar mampu mempersembahkan ibadah haji yang terbaik.

Ustaz Mohammad Zaki Abdul Halim berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Sek Keb Sungai Bakap, SMKA al-Manshoor dan Madrasah Irshad Al-ASRAF, Maahad Tahfiz al-Quran, JAKIM dan Universiti al-Azhar, Mesir. Terlibat aktif sebagai Pembimbing Haji dan Umrah bertauliaH dan menjadi Guru Agama di Makkah di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji Malaysia dan TH Travel & Service Sdn Bhd. Dhuyufurrahman adalah karya beliau yang kedua terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

20 Secret Recipe Mi Cina

GB243 :  20 Secret Recipe Mi Cina
Penulis : Chef Faizal Ng Abdullah & Jalilah Abdullah
ISBN : 978-983-097-303-6
Tebal : Ms 64
Harga : RM 16.00/ RM 19.00

Benar, Chef Faizal Ng Abdullah (CNF) telah mencurahkan segala rahsia keenakan resepi mi Cina popular di dalam 20 SECRET RECIPE MI CINA . Tiada ilmu masakan mi Cina yang disembunyikan. Bagi CFN ini jariah yang bakal dibawanya apabila kembali kepada Allah. Harapannya agar ia menjadi ilmu bermanfaat untuk sama-sama dipelajari oleh umat Islam.

Tidak mudah untuk pakar-pakar memasak mendedahkan rahsia masakan masing-masing, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bukan daripada bangsa sendiri. Justeru, sebagai seorang Cina Muslim, CFN berasa bertanggungjawab berkongsi rahsia itu.

20 SECRET RECIPE MI CINA selain mengutarakan resipi daripada CFN, ia turut diberi sentuhan Islami oleh Jalilah Abdullah yang bergabung tenaga mengetengahkan tatacara penyediaan makanan yang dituntut syariat. Ia adalah cara menjemput keberkatan terhadap makanan yang disajikan untuk sesiapa sahaja.

Anda MESTI CUBA kesemua resepi Mi Cina yang popular ini. Memang terbukti lazat!

Mar 8, 2013

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna


GB0227 : Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Penulis : Hilal Asyraf
ISBN : 978-983-097-416-3
Harga : RM21.00 S/M, RM23.00 S/S

Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari menyah kegelapan Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang ke Ufti untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.

Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan lantas bergerak merata di aats muka bumi mengumpulkan kemenangan. dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan.

Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi!. Lantas, badai yang tidak pernah disangka selama ini , akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna adalah novel kedua daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri. Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa, Takdir cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.


Mar 2, 2013

Cikgu, Anak Saya OK?

Judul : CIKGU,ANAK SAYA OKEY?
Penulis : Wan Zayuhisham Wan Yusoff
ISBN : 978-983-097-412-5
Harga: RM17/18*



Saban tahun guru berdepan dengan pelbagai ragam murid-murid. Bayangkan, seorang guru mampu mengawal emosi dan situasi di sesebuah kelas yang menempatkan lebih kurang 40 orang murid. 

Tidak kira guru di sekolah rendah atau menengah, mereka akan menghadapi cabaran yang hampir sama.


CIKGU, ANAK SAYA OKEY? merupakan catatan pengalaman penulis, pengisahan rakan-rakan guru dan pemerhatian penulis mengenai isu-isu pendidikan dan persekolahan. 

Buku ini menggambarkan situasi dan menyentuh pelbagai isu yang mampu memberi suntikan semangat buat warga pendidik dan pengetahuan khusus untuk para ibu  bapa tentang dunia persekolahan anak-anak mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...